Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan beliau dan Presiden Rusia, Vladimir Putin akan membincangkan isu pertukaran tanah ketika pertemuan di Alaska pada Jumaat ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam hari itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan beliau dan Presiden Rusia Vladimir Putin akan membincangkan isu pertukaran tanah ketika pertemuan di Alaska pada Jumaat ini.
00:11Namun Trump menyuarakan rasa kecewa terhadap Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky kerana meletakkan syarat terhadap kemungkinan perjanjian itu.
00:18Dalam sinar media di White House, Trump akui beliau terganggu dengan pendirian Zelensky yang menegaskan Ukraine perlu menggerakkan pungutan suara sebelum mematerai sebarang perjanjian damai yang mengiktiraf kawalan Rusia ke atas wilayah yang didudukinya semasa perang.
00:34Hujat Trump beliau hairan bagaimana Zelensky menyatakan mahu mendapatkan kelulusan perlembagaan sedangkan sebelum ini membunuh orang dalam perang tidak memerlukan keputusan sedemikian.
00:45Diploma Eropah juga terkejut dengan pendirian rapuh Washington mengenai wilayah yang dituntut Putin daripada Ukraine dan syarat gencata senjata.
00:54Perbezaan maklumat yang diterima daripada pihak Amerika mengenai tuntutan Rusia telah menimbulkan kebimbangan sekaligus menguatkan kekhawatiran bahawa Trump mungkin membuat konsensi yang merugikan.
01:06Bagaimanapun, Trump berulang kali menyatakan perjanjian itu kelak akan mengandungi perkara baik dan juga beberapa perkara buruk bagi kedua-dua pihak.
01:14Trump yang semakin hilang sabar terhadap Putin sejak beberapa bulan kebelakangan ini berulang kali menegaskan gencata senjata tidak akan berlaku sehingga beliau bertemu pemimpin Rusia itu secara bersemuka.

Recommended