Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Pihak berkuasa Taiwan giat memindahkan ratusan penduduk dari kawasan berisiko tinggi menjelang ketibaan Taufan Podul, yang dijangka membadai pantai tenggara negara itu pada 13 Ogos.
Transcript
00:00Pihak berkuasa Taiwan giat memindahkan ratusan penduduk dari kawasan berisiko tinggi menjelang ketibaan Taufan Podol yang dijangka membadai pantai tenggara-negara itu pada Rabu.
00:10Taufan Podol yang kini diklasifikasikan sebagai taufan sederhana, membawa air kencang sehingga 155 km sejam dan diramal menyebabkan hujan lebat sehingga 600 mm, sekaligus meningkatkan risiko banjir besar, tanah runtuh dan ombak setinggi 5 meter di kawasan pesisir.
00:28Podol dijangka mendarat berhampiran bandar Taitung sebelum melintasi kawasan berpenduduk padat di barat Taiwan dan menuju ke wilayah Fujian di China.
00:37Antara kawasan paling berisiko ialah daerah Hualian di mana hampir 700 penduduk akan dipindahkan ekoran ancaman limpahan dari tasik semula jadi yang terbentuk akibat tanah runtuh sebelum ini kesan daripada taufan yang melanda pada Julai lalu.
00:52Wakil Pusat Sains dan Teknologi Nasional dan Pengurangan Bencana, Chiu Chung Jui, merayu semua penduduk khususnya di kawasan hiliran supaya mematuhi arahan pemindahan dan sentiasa berwaspada.
01:05Jabatan Cuaca Pusat Taiwan telah mengeluarkan amaran laut dengan ombak diramal mencecah 5 meter di pesisir timur dan barat daya.
01:13Pemindahan turut membabitkan penduduk yang masih terjejas akibat taufan bulan Julai lalu yang menyebabkan gangguan besar kepada grid elektrik selain banjir kilat dan tanah runtuh di beberapa kawasan.
01:25Taiwan yang terletak dalam laluan taufan antara Julai hingga Oktober ini berdepan cabarannya semakin meruncing apabila perubahan iklim menjadikan fenomena cuaca ekstrim lebih kerap dan lebih dahsyat.

Recommended