Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan 230 murid sekolah rendah dikesan mempunyai masalah merokok dengan 193 daripadanya sudah menjalani intervensi berhenti merokok tahun lalu.
Transcript
00:00Kementerian Kesihatan menedahkan lebih 44,000 pelajar sekolah menengah dan 230 murid sekolah rendah dikesan mempunyai masalah merokok pada tahun lalu.
00:10Daripada jumlah itu, hampir 37,000 pelajar menengah dan 193 murid rendah sudah menjalani intervensi berhenti merokok di bawah program kesihatan oral tanpa amalan merokok atau kotak.
00:24Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifri Ahmad, program itu dilaksanakan sebagai langkah pencegahan dan rawatan awal untuk membantu golongan muda menghentikan tabiat merokok sebelum menjadi ketagihan yang lebih serius.
00:38Dalam tempoh antara 2019 hingga Jun tahun ini, KKM telah merekodkan lima kes kematian yang berkemungkinan ada kaitan dengan penggunaan rokok elektronik atau vape.
00:49Bagaimanapun, hubungan terus dengan punca kematian sukar dipastikan kerana keterbatasan bukti klinikal dan faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kematian tersebut.
01:00Sehingga Jun lalu, KKM menerima 83 laporan penyakit dikaitkan dengan produk merokok termasuk vape.
01:07Daripada jumlah itu, 44 kes melibatkan komplikasi serius pada paru-paru, manakala 39 kes lagi bagi membabitkan masalah kesihatan lain yang tidak menyerang paru-paru setelah langsung.
01:19Bagi membendung gejala ini, KKM memperkukuh sistem surveillance bagi mengalpasti punca sebenar kematian dan komplikasi berkaitan produk merokok.
01:28Usaha ini selari dengan pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 yang memberi kuasa kepada Menteri untuk melarang atau menyekat pengimportan, pengedaran dan penjualan produk berkenaan berdasarkan syur jawatan kuasa pakar.
01:43Penguat kuasa anak akta ini turut disokong dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menguatkan larangan membawa rokok elektronik atau vape ke sekolah dan universiti.
01:54Selain itu, KKM menjalankan program intervensi berhenti merokok melalui 12,570 guru kaunseling dan guru program pendidikan pencegahan dadah yang telah dilatih khas.
02:05Perkhidmatan klinik berhenti merokok dan One Stop Centre for Addiction juga disediakan di lebih 850 lokasi klinik dan 111 pusat rawatan seluruh negara.

Recommended