Skip to playerSkip to main content
Dua remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung secara salah rakan mereka di tandas sekolah bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Pengakuan itu dibuat kedua-dua pelajar Tingkatan Satu di hadapan Majistret Mohamad Azlan Basri ketika pertuduhan dibacakan secara bersama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743265/berita/semasa/dua-pelajar-didakwa-cederakan-kurung-rakan-di-tandas-sekolah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SungaiPetani #Mahkamah #Pelajar #KurungRakan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dua remaja perempuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrat Sungai Petani pada Rabu atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan dan mengurung secara salah rakan mereka di tandas sekolah bulan lalu.
00:12Pengakuan itu dibuat kedua-dua pelajar tingkatan satu di hadapan Magistrat Muhammad Azlan Basri ketika pertuduhan dibacakan secara bersama.
00:20Mengikut pertuduhan, kedua-duanya dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang rakan sebaya pada kira-kira jam 6.40 petang di sebuah sekolah menengah di Sungai Petani pada 14 Julai lalu.
00:33Kedua-dua remaja itu dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
00:41Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
00:51Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa dengan sengaja mengurung mangsa sama secara salah pada masa dan tarikh yang sama.
00:58Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:14Timbalan pendakwa raya, Nur Hazwani Matnof memohon jaminan sebanyak RM4,000 namun peguam kedua-dua remaja, N. Nagaratnam meminta agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan mereka masih bersekolah selain bekerjasama baik dengan pihak polis serta ibu bapa sebagai penjamin.
01:32Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 bagi setiap seorang dengan seorang penjamin serta syarat tidak mengganggu mangsa.
01:40Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar tingkatan 1 ditemui dikurung dalam tandas sekolah dalam keadaan tangan dan kaki diikat.
01:50Kejadian disedari ibu mangsa yang membuat pencarian setelah anaknya tidak muncul di pagar sekolah selepas tamat waktu persekolahan pada kira-kira jam 6.30 petang.
01:59Terima kasih kerana menonton!

Recommended