00:00Dua pelajar perempuan tingkatan satu dihadapkan ke Mahkamah Magistret Sungai Petani atas tuduhan mencederakan serta mengurung rakan sekelas dalam standas sebuah sekolah menengah pada bulan lalu.
00:14Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan bersama dalam bahasa Tamil di hadapan Magistret Muhammad Azlan Basri.
00:22Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar perempuan sebaya berusia 13 tahun di tandas blok tingkatan enam sekolah berkenaan kira-kira jam 6.40 petang pada 14 Julai lalu.
00:39Pendawaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
00:55Manakala bagi tuduhan kedua, kedua-duanya didakwa mengurung mangsa di lokasi, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 342 Kanun Kesiksaan serta dibaca bersama Seksyen 34.
01:06Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
01:15Mahkamah menetapkan 23 September depan sebagai tarikh sebutan semula.
01:19Pada 19 Julai lalu, seorang pelajar perempuan tingkatan satu ditemukan di dalam tandas sekolah dalam keadaan tangan dan kaki diikat menggunakan tali leher manakala mulutnya disumbat dengan sapu tangan.