00:00Sementara itu di mahkamah sama, dua pelajar lelaki tingkatan tiga mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan seorang pelajar di sebuah sekolah menengah bulan lalu.
00:11Pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Magistrik Muhammad Azlan Basri.
00:18Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pelajar lelaki berusia 16 tahun di Dewan Sekolah Berkenaan kira-kira jam 12.15 tengah hari pada 21 Julai lalu.
00:31Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau keduduhnya jika disabit kesalahan.
00:42Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin.
00:49Kes akan disebut semula pada 28 Oktober depan bagi mendapatkan status laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.
00:56Pada 21 Julai lalu, Astro Awani melaporkan seorang pelajar lelaki cedera di mata kiri sakit kepala dan muntah selepas dipercayai dipukul rakan sekelas di sekolah berkenaan.