Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melumpuhkan sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang beroperasi di selatan tanah air melalui Ops Sohor.
Transcript
00:00Surajaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menumpuhkan sindiket penyeludupan didalangi pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia ATM yang beroperasi di selatan tanah air melalui OPS Sohor.
00:13Rasi itu dijalankan oleh bahagian perisikan, ibu pejabat SPRM dengan bantuan pasukan Anti-Corruption Tactical Squad, ACTS.
00:21Menurut sumber, lima pegawai kanan, tentera dan lima orang awam termasuk seorang warga Indonesia berusia 30 hingga 55 tahun ditahan di Lembah Kelang sejak operasi dilancarkan pada jam 6.30 pagi Rabu.
00:37Pegawai kanan itu adalah dari bahagian perisikan ATM termasuk dua bekas anggota ATM dari bahagian sama.
00:44Menurut sumber, mereka ditugaskan untuk memantau dan mengekang aktiviti penyeludupan, namun dipercayai bersekongkol dengan sindiket penyeludupan sejak lima tahun lalu dan disyaki mengumpul hasil rasuah berjumlah lebih RM3 juta.
00:57Siasatan awam mendapati lima pegawai kanan yang menjadi suspek utama disyaki membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol membawa masuk barangan larangan seperti dadah, rokok serta barangan lain dari negara jiran ke Malaysia yang kesemuanya dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta sebulan.
01:18Suspek dipercayai menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM30,000 hingga RM50,000 bagi setiap trip penyeludupan yang dijalankan.
01:26Sumber memberitahu serbuan Ops Sohor berpandukan maklumat hasil risikan selama kira-kira 12 bulan.
01:34Sejumlah wang tunai bernilai lebih RM63,000, beberapa bukusan dadah, alat penimbang dan penyukat, minuman keras serta senjata tiruan turut ditemukan di premis serbuan dan kesemuanya disita.
01:46Menurutnya rangkaian penyeludupan membabitkan pegawai kanan tentera ini adalah besar dan rumit untuk dibongkarkan.
01:51Dalam pada itu, seorang wanita warga Indonesia yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah turut ditangkap semasa serbuan dijalankan, dipercayai menjadi wanita simpanan kepada salah seorang pegawai kanan tentera yang disyaki.
02:05Timbalan Ketua Pesuruh Jaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Kusairi Yahya berketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 kurungan A kurungan B Akta Suruhan Jaya Pencegara Suam Malaysia SPRM 2009.

Recommended