00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan sebanyak 6,144 kes remaja hamil direkodkan dari 2023 hingga Mac tahun ini.
00:10Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, statistik Kementerian Kesihatan KKM bagi kes yang berdaftar di Kemudahan Kesihatan Kerajaan menunjukkan 2,737 kes remaja hamil dilaporkan pada 2023.
00:26Ia diikuti 2,752 pada 2024 dan 655 kes pada suku pertama 2025.
00:38Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Medical Journal of Malaysia pada tahun 2015 yang bertajuk A Review of Teenage Pregnancy Research in Malaysia,
00:49antara punca utama kehamilan remaja di Malaysia adalah kekurangan akses kepada pendidikan kesihatan reproduktif yang menyeluruh
00:58yang menyebabkan ramai remaja tidak memahami dengan jelas cara melindungi diri daripada kehamilan tidak dirancang.
01:05Dapatan ini juga disokong oleh hasil kajian faktor risiko dan pelindung remaja terhadap kesihatan reproduktif dan sosial
01:13yang diterbitkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ataupun LPPKN pada tahun 2019.
01:20Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dorisofia Brody, GPS Seri Aman berkenaan status semasa peningkatan kes kehamilan
01:29dalam kalangan kanak-kanak di setiap negeri dari 2023 hingga suku pertama 2025.
01:36Nuraini berkata kajian yang diterbitkan dalam Journal Psikologi Malaysia pada 2020
01:40turut menyenaraikan beberapa faktor lain berhubung situasi itu.
01:44Ia termasuk tekanan rakan sebaya dan pengaruh media khususnya penyedahan kepada kandungan seksual secara terbuka.
01:52Dari sudut sosioekonomi pula, kemiskinan, keciciran sekolah dan ketiadaan peluang pekerjaan juga
01:58dikenal pasti sebagai faktor yang meningkatkan kerentanan remaja terhadap risiko ini.
02:04Tindakan nasional bagi mengatasi kes remaja hamil antaranya melalui pembangunan modul pendidikan
02:10kesihatan reproduktif dan sosial pekerti serta pelan tindakan menangani perkahwinan bawah umur.