Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Pembangunan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia perlu bersifat inklusif agar semua lapisan masyarakat mendapat manfaat, termasuk komuniti luar bandar, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pembangunan kecerdasan buatan AI di Malaysia perlu bersifat inklusif agar setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripadanya.
00:09Menteri Digital Gobind Singediu berkata teknologi berasaskan AI sama ada melalui platform awan untuk perusahaan kecil dan sederhana PKS atau diagnostik untuk klinik terpencil perlu memberi nilai ketara kepada rakyat.
00:23Jelasnya pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi memperkasakan rakyat bersaing dalam ekonomi digital global, merentas sektor seperti pertanian, pendidikan, penjagaan kesihatan, kewangan serta pelancongan.
00:39Bagi membina negara AI di bawah RMK13, beliau menyatakan keperluan mengukuhkan infrastruktur, meningkatkan keselamatan serta membangunkan bakat tempatan dengan kerjasama antara industri dan rakan global.
00:54Gobind turut memuji peranan Huawei Malaysia, membentuk ekonomi digital dan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi melalui akademi ICT dan pelan pembangunan bakat AI.
01:05Beliau berkata demikian di Sidang Kemunca Ekosistem AI Awan Huawei APAC 2025, diadakan sempena Sidang Kemunca ASEAN AI Malaysia 2025 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia MyTech pada Kamis.
01:21Dalam masa sama, beliau menegaskan kepentingan tabib urus dan rangka kerja kawal selia bagi penggunaan AI yang selamat dan mampan di samping kesiapsiagaan dasar serta perundangan bagi menghadapi teknologi baru.
01:35Terima kasih kerana menonton!

Recommended