Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) merekodkan kerugian bersih RM1.08 bilion pada suku kedua 2025, berbanding keuntungan bersih RM777 juta setahun lalu
Transcript
00:00Petronas Chemicals Group Berhad PCG merekodkan kerugian bersih sebanyak 1.08 bilir ringgit pada suku kedua 2025
00:10berbanding untung bersih 777 juta ringgit pada tempoh yang sama tahun lalu.
00:16Perunduan itu didorong pendapatan yang rendah, penumpusan aset di perstop holding AB
00:21serta kerugian tukaran mata wang asing belum terrealisasi berkaitan pinjaman pemegang saham kepada pengerang Petrochemical Company, Sundiam Berhad.
00:33PCG juga telah menyatakan peningkatan perbelanjaan keuangan di PPCSB menyumbang kepada kerugian tersebut.
00:40Pendapatan susut 16% kepada RM6.44 bilion berbanding RM7.73 bilion sebelum ini.
00:47terutamanya akibat penurunan jualan, pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat serta harga produk yang lebih rendah.
00:55Bagi tempoh 6 bulan pertama, PCG merekodkan kerugian bersih RM1.10 bilion berbanding keuntungan RM1.45 bilion tahun lalu
01:04dengan pendapatan merosot 7% kepada RM14.09 bilion.
01:10Pengarah urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya Mazun Ismail berkata,
01:14suku kedua menyaksikan cabaran operasi dalaman dan luaran yang menjejaskan prestasi logi
01:19termasuk penutupan sementara PC 80-line dan juga pengurangan operasi PC Aromatics
01:25serta gangguan bekalan bahan suapan di kedah berikutan insiden talian pipe gas di Putra Hais.
01:32Namun, beliau yakin asas kukuh serta inisiatif yang dilaksanakan akan memperkukuh daya tahan syarikat.
01:38PCG juga mengumumkan dividen interim pertama sepenyat 3 sen sesaham berjumlah RM240 juta
01:44yang akan dibayar pada 10 September 2025.
01:48PCG turut menyatakan peningkatan perbelanjaan keuangan di PPCSB menyumbang kepada kerugian tersebut.

Recommended