00:00Informasi pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVET berjaya meningkatkan keboleh pasaran graduan kepada 95.1% dengan lebih 430,000 pelajar yang mendaftarkan diri di seluruh negara.
00:16Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zaih Hamidi berkata lebih daripada separuh pelajar lepasan sekolah menengah 2024 memilih TVET sebagai pilihan utama menunjukkan perubahan ketara dalam tren pendidikan negara.
00:30Beliau menegaskan reformasi yang dilaksanakan berpandukan penyepaduan 12 kementerian di bawah satu visi, penyelarasan latihan kemahiran dengan kehendak pasaran serta pendekanan kepada keterangkuman agar tiada komuniti tercicir.
00:44Katanya usaha berterusan itu mendorong kepada pembangunan dasar TVET negara 2030, sistem data raya TVET, portal TVET Madani serta sistem aplikasi up underscore TVET yang menghubungkan pelajar dengan peluang merentasi kementerian.
01:00Tegasnya juga, Malaysia memperkenalkan tahap pensijilan baru setara pendidikan tinggi, disamping memperluas kelayakan gaji minimum kepada graduan separuh mahir dan graduan TVET dalam kategori Code Mask Code 8 dan ke atas.
01:13Langkah ini dijangka memperkukuh peranan TVET sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan mempersiapkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk pasaran domestik dan global.
01:22Beliau berkata demikian ketika merasmikan persidangan TVET ASEAN 2025 di pusat dagangan dunia Kuala Lumpur pada Rabu.