00:00Baik, program makan percuma Indonesia dilaporkan memberi manfaat kepada lebih 15 juta penerima setakat ini dengan kos 8.2 triliun rupiah atau kira-kira 2.48 bilion ringgit.
00:14Menurut Ketua Badan Pemakanan Nasional, Dadan Hindayana, inisiatif yang dilancarkan Presiden Prabowo Subianto itu kini menyasarkan 20 juta penerima menjelang pertengahan Ogos.
00:26Program yang menyasarkan kanak-kanak sekolah dan ibu hamil dan menyusuk itu disokong lebih 5,100 dapur komuniti, dikenali sebagai Unit Perkhidmatan Pemakanan SPPG yang beroperasi di seluruh Indonesia.
00:42Tambah Hindayana, sasaran seterusnya adalah menubuhkan 14,000 lagi dapur bagi meluaskan capaian program ini.
00:49Ia akan melibatkan kerjasama beberapa agensi antaranya Angkatan Tentera Nasional Indonesia, TNI, sektor swasta dan dua pertumbuhan Islam terbesar negara itu, Nadalatul Ulama serta Muhammadiyah.
01:03Pada Januari lalu, Indonesia melancarkan program makan percuma bagi menangani masalah pertumbuhan terbantut akibat kekurangan zat makanan dalam kalangan warga negara itu.
01:12Kerajaan memperuntukkan 10,000 rupiah bagi setiap hidangan dengan dapur menyediakan nasi, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.
01:20Program itu memperuntukkan 71 triliun rupiah bagi tahun fiskal 2025 dan disasarkan bagi menyediakan makanan kepada hampir 83 juta orang menjelang 2029.
01:31Program Makanan Percuma bertujuan mengatasi masalah stunting yang menjelaskan 21.5% kanak-kanak negara kepulauan dengan populasi sekitar 282 juta orang.
01:43Indonesia menyasarkan mengurangkan kadar stunting kepada 5% menjelang tahun 2045.