00:00Kerajaan Indonesia akui hampir separuh daripada bantuan sosial tidak sampai kepada isi rumah yang disasarkan dan berjanji akan memperbaiki pangkalan data penerima.
00:11Ini selepas Majlis Ekonomi Nasional melaporkan bahawa 45% penerima bantuan adalah tidak layak dan bukan daripada keluarga berpendapatan rendah ataupun komuniti yang rentan.
00:22Memetik Jakarta Globe, Menteri Hal Ewal Sosial Saifullah Yusuf berkata, kerajaan akan mengambil kira fakta membimbangkan ini ketika menilai kelangsungan program berkenaan.
00:34Ia akan dilakukan dengan menaik taraf sistem ekonomi nasional terpadu yang dikenali secara tempatan dengan singkatan DITSEN atau Data Tunggal Sosial Ekonomi Nasional.
00:45Selain itu, koordinasi rentas agensi melibatkan kementerian dan agensi juga akan dilaksana dan diperkukuhkan bagi mengesahkan senarai penerima yang layak.
00:54Ujarnya, kementeriannya turut menyasarkan untuk menyiapkan siamakan data sebelum pengagihan bantuan seterusnya.
01:00Kerajaan kini sedang bersiap sedia bagi pengagahan suku ketiga tahun ini.
01:05Saifullah sebelum ini berkata, kerajaan akan menaik taraf sistem itu setiap tiga bulan bagi memastikan pengagihan lebih tepat kepada golongan sasaran.
01:12Pengagahan suku ketiga ini melibatkan lebih 18 juta penerima bantuan makanan tanpa tunai.
01:18Manakala kira-kira 10 juta lagi akan mendapat program Keluarga Harapan, PKH, iaitu inisiatif bayaran tunai yang disasarkan kepada isi rumah.
01:25Terima kasih telah menonton!