Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.

Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Transcript
00:00Selamat menikmati.
00:30Selamat menikmati.
01:00Selamat menikmati.
01:30Selamat menikmati.
01:32dan saya memintakan untuk mungkin boleh dijelaskan tentang fungsi sebenar sekretariat ini dan ini jawab beliau.
01:37Tadi telah pun dibentangkan, kesemua 10 kapital city ini telah pun bersetuju secara dasar untuk Jakarta menubuhkan satu sekretariat di Jakarta dan ini Jakarta juga memberikan bajet untuk penubuhan sekretariat.
01:57dan bagaimana struktur sekretariat itu kita tak bincang secara detail sebab akan mengambil masa selepas ini akan ada mesyuarat susulan untuk nak keringok ada chairman ke.
02:09Mungkin kita 10 city saja mungkin 10 city menjadi ahli jahatan kuasa dan sebagainya.
02:16Mungkin ada ahli jahatan kuasa itu mungkin diadakan task force sebab tadi dinyatakan bahawa perkara yang kita nak lihat zero waste, waste management, climate change, and then on traffic dan juga on housing.
02:30So mungkin kita akan tengok juga ada, kita ada 10 mungkin ada mana-mana yang berjaya dalam aspek zero waste, mungkin dia boleh mengetuai waste management punya task force, kita saya tak pasti lagi.
02:43Dan antara perkara yang dicapai ataupun objektif yang dibincangkan bersama ialah iklim dan inisiatif zero waste yang mana Malaysia telah mencadangkan sesi town hall corp yang mana ia akan dibawa suara ini akan dibawa ke pentas corp di Brazil
02:58dan ini juga kita tanyakan juga kepada Dato' Sri Maimunah tentang bagaimana perjalanan town hall ini dan ini jawab beliau.
03:06Ya, zero waste telah rata-rata semua 10 tadi ada masalah tentang objek sabaran termasuk Kau Lumpur, termasuk even Singapura, termasuk juga yang lain.
03:14To zero waste ini adalah salah satu dalam elemen yang kita nak buat dan town hall itu rata-rata telah pun di-indirectly dipersetujui untuk kita buat,
03:26kita suruh semua ASEAN dan juga The Global South mengadakan satu town hall ini untuk kita ini untuk counting the last 100 days to Belém.
03:37sebab ini adalah untuk membawa suara, membawa suara local government, membawa suara datuk-datuk bandar ini ke peringkat antarabangsa berkaitan dengan climate change,
03:51dengan climate disaster, climate calamities di Belém pada tahun ini on COP30.
03:57sebab itu adanya special envoy, special envoy on COP30 ada mengikuti kita punya program daripada Brazil.
04:12mereka telah melihat supaya bagaimana kita boleh membawa suara-suara especially from the global south kepada Belém,
04:20dan menjadikan satu agenda tetap di perbincangan di peringkat COP30 dan juga COP seterusnya.
04:31Baik sudah pasti dengan penubuhan sekretariat ini, yang sekretariat tetap di Jakarta ini,
04:35ibu kota ASEAN kini mungkin mempunyai peluang untuk melangkah lebih jauh dalam memperkukuh kerjasama serantau,
04:41bukan sahaja sebagai pusat pentadbiran, tetapi juga sebagai pemacu utama wawasan ASEAN 2045
04:46dan mesyuarat MG Bank hari ini juga dijangka akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan dasar hijau,
04:52keterangkuman sosial dan juga pembangunan bandar pintar di seluruh rantau.
04:56Jadi buat masa ini, itu saja yang saya boleh kongsikan dari pusat konvensyen Kuala Lumpur,
05:00kita kembali kepada rakan setugas di Bukit Jalan.
05:04Kerajaan Thailand akan mempercepatkan usaha menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat yang terjejas akibat konflik Thai-Kemboja.
05:12Menurut Timbalan Menteri Keuangan Julapun Amun Vivat,
05:16kekaitu dijangka dibincangkan pada mesyuarat Kabinet minggu hadapan.
05:20Memetik Bangkok Post, Julapun turut mengesahkan bahawa dana yang ada adalah mencukupi,
05:26sekaligus tidak perlu mengalihkan peruntukan daripada bajet ransangan ekonomi.
05:30Ujarnya pada selasa, perbincangan mengenai peningkatan dana pemulihan sedang dilakukan
05:36sambil memaklumkan bahawa Pembangku Perdana Menteri Pemtamwi Chayacai
05:41menekankan keperluan proses teliti.
05:44Ini termasuk mengenai pasir sumber pembiayaan sebelum cadangan dibentangkan kepada Kabinet.
05:49Tegasnya, sebarang peningkatan dana pemulihan akan mengikut prosedur yang sewajarnya
05:55dengan cadangan dikemukakan oleh agensi berkaitan dan disemak bukti peraturan.
06:01Tambah Julapun, Jabatan Ketua Ketua Negara juga berkemungkinan mempertimbangkan
06:06untuk mengetepikan beberapa peraturan dan prosedur.
06:10Ia bagi mempercepatkan penyaluran bantuan kepada mereka yang terjejas.
06:19Program Makan Percuma Indonesia dilaporkan memberi manfaat kepada lebih 15 juta penerima
06:24setakat ini dengan kos 8.2 triliun rupiah atau kira-kira 2.48 bilion ringgit.
06:32Menurut Ketua Badan Pemakanan Nasional, Dadan Hindayana,
06:37inisiatif yang dilancarkan Presiden Prabowo Subianto itu kini menyasarkan
06:4120 juta penerima menjelang pertengahan Ogos.
06:47Program yang menyasarkan kanak-kanak sekolah dan ibu hamil dan menyusut itu
06:51disokong lebih 5,100 dapur komuniti, dikenali sebagai unit perkhidmatan pemakanan SPPG
06:58yang beroperasi di seluruh Indonesia.
07:01Tambah Hindayana, sasaran seterusnya adalah menubuhkan 14,000 lagi dapur
07:06bagi meluaskan capaian program ini.
07:09Ia akan melibatkan kerjasama beberapa agensi antaranya
07:12Angkatan Tentera Nasional Indonesia, TNI, sektor swasta dan dua pertubuhan Islam terbesar negara itu,
07:18Nadalatul Ulama serta Muhammadiyah.
07:21Pada Januari lalu, Indonesia melancarkan program makan percuma
07:25bagi menangani masalah pertumbuhan terbantut
07:27akibat kekurangan zat makanan dalam kalangan warga negara itu.
07:31Kerajaan memperuntukkan 10,000 rupiah bagi setiap hidangan
07:34dengan dapur menyediakan nasi, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan.
07:39Program itu memperuntukkan 71 triliun rupiah bagi tahun fiskal 2025
07:43dan disasarkan bagi menyediakan makanan kepada hampir 83 juta orang menjelang 2029.
07:50Program makanan percuma bertujuan mengatasi masalah stunting
07:53yang menjelaskan 21.5% kanak-kanak negara kepulauan dengan populasi sekitar 282 juta orang.
08:02Indonesia menyasarkan mengurangkan kadar stunting kepada 5% menjelang tahun 2045.
08:06Kerajaan Indonesia akui hampir separuh daripada bantuan sosial
08:14tidak sampai kepada isi rumah yang disasarkan
08:17dan berjanji akan memperbaiki pangkalan data penerima.
08:21Ini selepas Majlis Ekonomi Nasional melaporkan bahawa 45% penerima bantuan
08:26adalah tidak layak dan bukan daripada keluarga berpendapatan rendah
08:30ataupun komuniti yang rentan.
08:32Memetik Jakarta Globe, Menteri Hal Ewal Sosial Saifullah Yusuf berkata
08:39kerajaan akan mengambil kira fakta membimbangkan ini
08:42ketika menilai kelangsungan program berkenaan.
08:45Ia akan dilakukan dengan menaik taraf sistem ekonomi nasional terpadu
08:49yang dikenali secara tempatan dengan sekatan DITSEN
08:52atau Data Tunggal Sosial Ekonomi Nasional.
08:56Selain itu, koordinasi rentas agensi melibatkan kementerian dan agensi juga
08:59akan dilaksana dan diperkukuhkan bagi mengesahkan senarai penerimanya layak.
09:04Ujarnya, kementeriannya turut menyasarkan untuk menyiapkan simakan data
09:08sebelum pengagihan bantuan seterusnya.
09:10Kerajaan kini sedang bersiap sedia bagi pengagahan suku ketiga tahun ini.
09:15Saifullah sebelum ini berkata, kerajaan akan menaik taraf sistem itu
09:18setiap tiga bulan bagi memastikan pengagihan lebih tepat kepada golongan sasaran.
09:23Pengagihan suku ketiga ini melibatkan lebih 18 juta penerima bantuan makanan
09:26tanpa tunai, manakala kira-kira 10 juta lagi akan mendapat program
09:30Keluarga Harapan, PKH, iaitu inisiatif bayaran tunai yang disasarkan kepada isi rumah.
09:38Hutang tertunggak kerajaan Filipina dijangka mencucah 19.06 triliun peso
09:43menjelang tahun depan.
09:45Menurut data terbaru daripada Jabatan Belanjawan dan Pengurusan DBM,
09:49unjuran yang dikeluarkan sesulam pembentangan program
09:52perbelanjaan negara bagi tahun fiskal 2006.
09:58Justru, DBM berkata beberapa penyesuaian telah dibuat terhadap
10:02bajet negara dan program pinjaman lain.
10:04Daripada jumlah keseluruhan hutang, hutang domestik dijangka
10:07menyumbang sebahagian besar iaitu 13.28 triliun peso
10:12manakala baki 5.78 triliun peso merupakan hutang luar negara.
10:17Bagi tahun ini, hutang tertunggak dijangka mencecah 17.359 triliun peso
10:22sedikit meningkat berbanding unjuran sebelumnya iaitu 17.353 triliun peso.
10:29Selain itu, data sehingga Jun melaporkan hutang tertunggak negara
10:32mencapai paras tertinggi baharu iaitu 17.27 triliun peso.
10:37Manakala hutang domestik meningkat kepada 11.95 triliun peso
10:41setakat akhir Jun lebih tinggi berbanding 11.78 triliun peso pada Mei
10:47dan 10.57 triliun peso tahun lalu.
10:51Sementara itu, hutang luar negara berjumlah 5.32 triliun peso
10:55iaitu 178.56 bilion peso lebih tinggi
11:00berbanding 5.14 triliun peso bulan sebelumnya.
11:07Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB
11:12mendedahkan bukti penyeksaan sistematik oleh pasukan keselamatan Myanmar
11:16termasuk mengenai pasti beberapa pelaku berpangkat tinggi.
11:20Ia berdasarkan laporan mekanisme penyiasatan bebas untuk Myanmar IIMM
11:25yang ditubuhkan pada 2018 bagi menganalisis bukti pelanggaran serius
11:30undang-undang antarabangsa.
11:31Agensi itu berkata mangsa mengalami penderaan fizikal dan seksual
11:37termasuk dipukul, dikenakan rejatan elektrik, dirogol beramai-ramai,
11:42dicekik serta kuku dicabut menggunakan pelayak.
11:46Ketua IIMM Nicholas Qumji berkata,
11:49pihaknya menemui bukti signifikan termasuk testimoni saksi
11:53yang menunjukkan wujudnya penyeksaan sistematik di fasiliti tahanan Myanmar.
11:57Laporan setebal 16 muka surat itu menyatakan penderaan tersebut
12:02kadangkala membawa maut.
12:05Selain itu, kanak-kanak yang sering ditahan secara haram
12:07sebagai pengganti ibu bapa mereka yang hilang turut menjadi bangsa.
12:12Kerajaan pemimpin tentera Myanmar tidak memberi sebarang maklum balas
12:15kepada lebih 20 permintaan maklumat dan akses ke negara itu oleh pasukan PBB.
12:21Junta sebelum ini menafikan dawaan kekejaman dan menuduh pengganas
12:25mencetuskan kekecauan.
12:27Penemuan itu meliputi tempoh setahun hingga 30 Jun lalu
12:30berdasarkan maklumat daripada lebih 1,300 sumber
12:34termasuk ratusan keterangan saksi, bukti forensik, dokumen dan gambar.
12:40Walaupun pelaku berpangkat tinggi telah dikenalpasti,
12:42nama mereka tidak didedahkan kerana sisatan masih dijalankan
12:46dan bagi mengelakkan mereka diberi amaran awal.
12:49Qumjian menjelaskan fokus terhadap kes penyeksaan dibuat
12:52kerana ramai mangsa dapat mengenalpasti pelaku secara langsung
12:55yang boleh membantu pendawaan pada masa depan.
12:58Myanmar terus bergolak sejak rampasan kuasa tentera pada 2021
13:02yang menggulingkan kerajaan awam pilihan rakyat,
13:05mencetuskan perang saudara dan penahanan puluhan ribu orang.
13:09IIMM turut menyiasat pelanggaran sejak 2011
13:12termasuk kekejaman terhadap etnik minoriti Muslim Rohingya
13:15pada 2017 serta jenayah terhadap semua kumpulan selepas kudeta.
13:21Mekanisme itu juga menyokong siasatan di peringkat antarabangsa
13:24seperti di Britain dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC.
13:31Sekian ASEAN 25. Saya Fauzi Zin.
13:34Selamat datang.

Recommended