Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Ramai pekerja migran Bangladesh di Malaysia sebelum ini terpaksa bergantung kepada orang tengah atau dalal untuk mendapatkan perkhidmatan konsular.

Proses yang memakan masa, kos yang melambung dan risiko penipuan menjadi realiti pahit bagi mereka walaupun hanya untuk pembaharuan pasport.

Namun, situasi itu berubah selepas penubuhan Expat Services KL atau ESKL pada akhir 2023, syarikat yang dilantik kerajaan Bangladesh untuk menguruskan perkhidmatan secara lebih telus, digital dan sistematik.
Transcript
00:00Ramai pekerja migran Bangladesh di Malaysia sebelum ini terpaksa bergantung kepada orang tengah atau dalal untuk mendapatkan perkhidmatan konsular.
00:11Proses yang memakan masa, kos yang melambung dan risiko penipuan menjadi realiti pahit bagi mereka walaupun hanya untuk pembaharuan pasport.
00:20Namun, situasi itu berubah selepas penubuhan Expat Services KL atau ESKL pada akhir 2023, syarikat yang dilantik kerajaan Bangladesh untuk menguruskan perkhidmatan secara lebih telus, digital dan sistematik.
00:39Menurut pengarah urusan ESKL, Giyas Ahmad, pihaknya diberi mandat untuk mengambil alih sebagian fungsi Suranjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur yang berdepan ke kangan sumber.
00:50ESKL mengubah cara lama yang bergantung kepada proses manual,
01:20kepada sistem digital sepenuhnya sehingga berjaya memproses lebih 126,000 pasport dalam tempoh enam bulan sahaja.
01:29Dengan pasukan profesional telatih yang terdiri daripada kakitangan Malaysia dan Bangladesh,
01:33ESKL menyediakan 65 kaunter dan mampu mengendalikan sehingga 1,500 permohonan pembaharuan pasport setiap hari.
01:41ESKL kini memperluas peranannya dengan membina ekosistem kewangan untuk pekerja migran,
02:10termasuk menawarkan pinjaman jangka pendek bagi mengelakkan mereka menjadi pendatang tanpa izin akibat gagal memperbaharui visa.
02:18ESKL turut bekerjasama dengan syarikat Malaysia untuk membangunkan e-wallet, saluran kiriman wang yang sah dan selamat
02:26serta pembayaran gaji terus daripada majikan tanpa melalui saluran haram.
02:31Kat Mastercard yang dihubungkan dengan e-dompet ini juga memberi akses kewangan kepada pekerja tanpa akaun bank,
02:38membolehkan mereka mengirim wang ke kampung secara sah tanpa bergantung kepada sistem tidak rasmi seperti hundi atau hawala.
03:08Bagi pekerja migran, perubahan ini membawa kelegaan besar.
03:22Mereka tidak lagi perlu menghabiskan masa berhari-hari atau membayar kos tinggi kepada orang tengah.
03:28Selepas saya dapat appointment, saya datang sini dan bagi saya sebelum ini, sebelum kawasan ini,
03:38ada tempat yang sebelum ini punya, saya pernah pergi sana Ampang yang untuk renew paspor juga.
03:46Tapi saya dapat banyak isu dekat sana sebenarnya.
03:48Saya kena jumpa asian dulu, lepas itu pembayaran tak okey, macam banyak problem saya dapat.
03:56Tapi dekat sini memang senang.
03:59Saya ambil appointment dari rumah, terus datang, dapat kupon dan proses saya punya kerja.
04:05So, bagi saya ini paling selesai.
04:07Itulah 10 minit pun boleh habis ma.
04:10Satu orang 10 minit pun habis ma.
04:13Dulu ada lain ma.
04:14Dulu ada, itu satu jam duduk mo tak boleh mo.
04:18Sekarang maya cantik.
04:20Orang montara kacau, apa montara kacau.
04:22Dulu ada lain ma.
04:23Sekarang maya cantik.
04:24Sekarang okey ma.
04:27Tengok orang duduk naik.
04:30Dulu ada lagi mahu tunggu, tunggu, tunggu.
04:32Sekarang tak dah tunggu ma.
04:34Orang masuk, kerja habis baru balik ma.
04:37Bagi saya, bila ada ISKL ini, memberi kemudahan terutamanya pada rakyat Bangladesh yang nak apply pasport.
04:49Maksudnya, bila ada satu centre macam ini, mereka tahu centre ini mereka kena datang untuk apply pasport.
04:56Kalau nak bandingkan dengan sebelum ini, kita tak ada, maksudnya mereka kena pergi ke Bangladesh High Com.
05:04Kan tak ada proses.
05:05Sampai sini, kita akan bagi mereka cara.
05:07Macam mana daripada datang nak buat appointment, masuk sini sampai mereka buat payment.
05:12So, semuanya memudahkan.
05:15Model operasi ISKL ini sekaligus dilihat berpotensi menjadi contoh kepada negara lain
05:20dalam menyediakan perkhidmatan konsuler yang telus, modern dan berkesan.
05:26Terima kasih telah menonton!

Recommended