Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
UMNO akan menyampaikan nota bantahan kepada semua kepimpinan parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan yang bercadang atau telah mengizinkan kemasukan ahli-ahlinya ke dalam parti-parti itu.
Transcript
00:00Pertama, ini laporan yang baru kami terima, UMNO akan menyampaikan nota bantahan kepada semua kepimpinan parti gabungan dalam kerajaan perpaduan yang bercadang atau telah membenarkan kemasukan ahli UMNO ke dalam parti masing-masing.
00:21Menurut setiusaha UMNO, Dato' Ashraf Wajdi Dusuki, langkah itu adalah protes rasmi dan amaran keras terhadap tindakan yang boleh menjejaskan hubungan antara parti gabungan sekiranya dibiarkan berlarutan.
00:37Perkara itu antara perbincangan dan pendirian UMNO selepas mesyuarat majlis kerja tertinggi pada Rabu malam.
00:44Pada 9 Ogos lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan permohonan beliau untuk menyertai parti PKR telah diterima dua minggu lepas.
00:58Tengku Zafrul berkata, beliau kini merupakan ahli PKR bagi cabang Ampang.
01:02Selain itu, mesyuarat itu berpendirian bahawa UMNO menyokong penuh keputusan Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan inkuas penuh bagi menentukan punca kematian termasuk kemungkinan unsur jenayah kes kematian pelajar TK1, Zara Khairina Mahathir.
01:19Dalam pada itu, mesyuarat MKT turut menyambut baik keputusan sebulat suara Hakim Mahkamah Persekutuan berkaitan semakan kehakiman titah adendum.
01:28Sementara itu, UMNO turut memandang serius kesalahan berulang dalam isu pemasangan dan pengibaran bendera Jalur Gemilang yang merupakan maruah dan lambang kedaulatan negara.
Comments

Recommended