Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Pemimpin awam dan tentera negara itu mengeluarkan mesej sempena Hari Kemerdekaan ke-78 yang menekankan pertahanan negara yang kukuh dan kedaulatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakistan pada Khamis menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-78 dengan mesej perpaduan dan kekuatan.
00:07Pemimpin awam dan tentera negara itu mengeluarkan mesej sempena hari kemerdekaan ke-78 itu yang menekankan pertahanan negara yang kukuh dan kedaulatan.
00:19Perdana Menteri Sheikh Bas Sharif dalam perutusan berkata kerajaan pimpinannya tekad melindungi kedaulatan Pakistan selain prinsip hidup bersama secara aman
00:28serta menyelesaikan isu serantau dan global melalui dialog dan diplomasi.
00:33Beliau berkata Pakistan bertekad mengembeleng sumber-sumber yang ada untuk menangani cabaran ekonomi, perindustrian dan teknologi yang kian muncul.
00:41Seperti keupayaan ketenteraan, katanya ekonomi yang kukuh dan stabil juga penting bagi mempertahankan negara dan kedaulatan.
00:48Timbalan Perdana Menteri Pakistan, Ishak Dar menyeru usaha berterusan untuk menjadikan negara itu lebih selamat dan makmur.
00:54Katanya kemerdekaan bukan sekadar diwarisi, ia diperoleh dan dipelihara melalui tanggungjawab, disiplin dan perpaduan.
01:00Ketua-ketua angkatan tentera dalam perutusan mereka pula berikrah mempertahankan kedaulatan dan integriti Pakistan dengan apa jua kos.

Recommended