00:00Seorang wanita warga Cina ditahan selepas bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter Jabatan Immigration.
00:07Agensi Kawalan Perlindungan Sembadan AKPS berkata kejadian tersebut berlaku semasa pemeriksaan pelepasan di lapangan terbang-antrebangsa Kuala Lumpur KLIA Terminal 1 pada Rabu malam.
00:19AKPS dalam kenyataan yang berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 7.40 malam apabila wanita terbabit bersama seorang lelaki dan dua kanak-kanak hadir untuk pemeriksaan pelepasan imigresen.
00:33Pegawai bertugas mendapati mereka tidak mempunyai rekod pergerakan masuk lalu merujuk perkara itu kepada penyelia bagi semakan lanjut.
00:41Wanita itu tidak berpuas hati apabila dibinta memberi laluan kepada penumpang lain sementara semakan dibuat sebelum memakihamun pegawai dengan perkataan kesat menarik tudung pegawai dan menolak kepalanya ke arah tiang di hadapan kaunter.
00:57Tambahnya wanita itu enggan bertenang walaupun diarahkan dan pegawai penguatkuasa AKPS memanggil pasukan keselamatan penerbangan untuk mengawal keadaan.
01:08Akibat kejadian itu, pegawai berkenaan mengalami bengkak pada mata kiri, kepala sebelah kanan dan lenguh badan sebelum dirujuk ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
01:19Laporan polis telah dibuat dan wanita itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.