00:00Menteri Luar Datuk Sri Mohd Hassan berkata lawatan rasmi ke Myanmar pada 19 September bersama rakan sejawatannya dari Indonesia, Filipina serta Thailand antara lain membincangkan kaedah pelaksanaan pilihan raya yang dirancang di negara berkenaan.
00:17Mohd berkata pertemuan delegasi itu dengan pemangku Presiden Myanmar mahu memastikan proses pilihan raya yang dijadualkan berlangsung pada penghujung tahun ini benar-benar memberi manfaat kepada rakyat Myanmar.
00:30Katanya hasil lawatan itu akan dibentangkan kepada kepimpinan pada Sidang Kemunca ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur dari 26 hingga 28 Oktober ini.
00:43Tambah beliau Myanmar juga perlu mematuhi sepenuhnya konsensus lima perkara atau lima PC termasuk gencatan senjata, dialog inklusif dan bantuan kemanusiaan tanpa halangan
00:56sebagai langkah utama ke arah memulihkan keamanan dan kestabilan negara berkenaan.
01:01Selagi keadaan keselamatan dan kestabilan politik di Myanmar tidak pulih, serta kerajaan yang dipilih secara demokratik belum dibentuk, isu pelarian Rohingya tidak akan dapat diselesaikan.
01:13Katanya Bangladesh terpaksa menguruskan 1.3 juta orang Rohingya di negara mereka khususnya di kawasan Cox Bazar.
01:21Ujar Muhammad, Malaysia juga tidak terkecuali mengurus hampir 150,000 pelarian Rohingya.
01:28Beliau juga mahu mendapatkan penjelasan sama ada pilihan raya itu akan dilaksanakan secara menyeluruh memandangkan masih terdapat 63 bandar atau kawasan yang dikenakan darurat oleh Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar.
01:43Pada 31 Julai lalu, dilaporkan Junta Myanmar mengumumkan penubuhan sebuah badan baru bagi menganjurkan pilihan raya umum hujung tahun ini sekaligus menamatkan perintah darurat yang berkuat kuasa sejak rampasan kuasa 2021.