00:00Kementerian Komunikasi masih menunggu laporan mengenai dua wartawan dalam talian yang ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM bersama 10 individu menerusi OPSUHUR kerana disyaki terbabit sindiket penyeludupan di selatan tanah air.
00:16Menterinya Datuk Fahmi Fazil berkata setakat ini beliau belum menerima sebarang maklumat daripada SPRM dan akan menghubungi Suruhanjaya itu untuk mendapatkan kepastian.
00:30Saya akan berhubung untuk mendapatkan kepastian dan sekiranya ada apa-apa perkara yang telah berlaku melanggari syarat-syarat berkait kad perakuan media maka saya akan minta supaya Jabatan Penerangan mengambil tindakan.
00:48Tapi waktu ini kita sedang menunggu laporan pemakluman daripada pihak SPRM.