• 1 year ago
Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan RM3 juta untuk pemasangan CCTV di sekolah berasrama bagi memperkukuh keselamatan dan mencegah insiden buli.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pendidikan KPM meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pemasangan sistem kamera lita tertutup CCTV di sekolah berasrama terpilih seluruh negara.
00:11Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, KPM berkata langkah itu bagi meningkatkan aspek keselamatan di institusi pendidikan bawah kelolaannya.
00:19Tambah KPM, pelaksanaan inisiatif itu akan bermula serta-merta sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di seluruh negara.
00:31Langkah itu juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM untuk memperkukuh pemantauan.
00:37Antara lain, mencegah insiden yang tidak diingini serta mewujudkan ekosistem yang selamat dan kondusif bagi semua murid.
00:45Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan Dr. Muhammad Azam Ahmad berkata pihaknya akan menambah baik ciri-ciri keselamatan di sekolah, terutama sekolah asrama, bagi mengekang kejadian buli.
00:56Ini termasuk penambahan CCTV dan bilangan warden asrama.

Recommended