Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Menteri Undang-Undang ASEAN menegaskan komitmen bersama memperkukuh timbang tara dan mediasi perdagangan antarabangsa sebagai tonggak pembangunan ekonomi serantau dan akses kepada keadilan.
Transcript
00:00Menteri Undang-Undang, Kehakiman dan Peguam Negara daripada 10 negara anggota ASEAN menegaskan komitmen bersama mereka,
00:09memajukan timbang tara dan mediasi perdagangan antarabangsa sebagai alat bagi pembangunan ekonomi serantau,
00:15kerjasama undang-undang dan akses kepada keadilan.
00:19Kenyataan bersama itu diterima pakai pada Forum Undang-Undang ASEAN di Kuala Lumpur
00:23yang turut dihadiri wakil dari Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
00:35Dalam kenyataan bersama, para menteri menekankan kepentingan penyelarasan rangka kerja timbang tara dan mediasi di seluruh ASEAN selaras dengan piawayan antarabangsa.
00:44Ini termasuk Konvensyen Pengiktirafan dan Penguatkuasaan Anugerah Timbang Tara Asing,
00:50Konvensyen Perjanjian Penyelesaian Antarabangsa, Hasil Mediasi serta Undang-Undang Model Unisitral mengenai timbang tara perdagangan antarabangsa.
00:59Menurut kenyataan, rangka kerja undang-undang yang kukuh bagi penyelesaian pertikaian adalah penting untuk menarik pelaburan,
01:06menggalakkan perdagangan dan memperkukuh pertumbuhan ekonomi di rantau ini.
01:10Dalam langkah signifikan, kenyataan bersama turut menekankan peranan transformasi digital dan kerjadasan buatan AI dalam mempertikatkan mekanisme PPA.
01:20Para menteri menyokong penggunaan platform berasaskan AI untuk meningkatkan keberkesanan,
01:25menggunakan kos dan memastikan keputusan berasaskan bukti serta adil,
01:30serta menekankan kepentingan penggunaan AI secara bertanggungjawab, privasi data dan pengawasan manusia.
01:36Pengisytiharaan itu diakhiri dengan satu ikral bersatu untuk membina komuniti ASEAN yang inklusif,
01:41berdaya tahan dan dinamik berasaskan prinsip keadilan, kemakmuran ekonomi dan kestabilan jangka panjang.
01:50Terima kasih telah menonton!

Recommended