Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Sesi penggulungan RMK13 pula bermula Isnin lalu, membabitkan 30 menteri dengan penggulungan terakhir dibuat Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi.
Transcript
00:00Persidangan Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan usul rancangan Malaysia ke-13 tanpa sebarang pindaan.
00:07Usul itu sebelum ini dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Julai lalu disusuli sesi perbahasan selama 8 hari yang bermula 4 Ogos hingga minggu lalu.
00:18Selama 153 ahli parlimen selesai menyertai sesi perbahasan usul RMK-13. Manakala sesi penggulungan RMK-13 pula bermula isnil lalu membabitkan 30 menteri.
00:32Sesi penggulungan terakhir dibuat Menteri Keuangan 2 Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi.
00:40Antara isu utama dibangkitkan sepanjang sesi perbahasan ialah aspek pemerkasaan kemudahan pengangkutan awam, menambah baik sektor pendidikan serta penumpuan kebajikan petugas kesihatan.
00:53RMK-13 membabitkan pelaburan berjumlah RM611 bilion sepanjang 5 tahun bermula 2026.
01:02Sebanyak RM430 bilion daripada jumlah tersebut adalah peruntukan pembangunan daripada kerajaan.
01:10Terima kasih kerana menonton!

Recommended