00:00Bila bercakap mengenai wang, kebanyakan daripada kita hanya memikirkan nilainya.
00:04Wang juga seiring dikaitkan dengan personaliti dan gaya hidup seseorang.
00:08Namun ramai yang tidak menyedari, setiap wang kertas sebenarnya mengandungi seni dan karya yang melambangkan sejarah, budaya serta identiti kebanggaan sebuah negara.
00:16CD Pameran Bergerak Karya Kertas Seni Matawang Anjuram Museum dan Galeri Seni MAG Bank Negara Malaysia BNM di Galeri Seni Johor Yayasan Warisan Johor menawarkan kejunikan tersendiri.
00:31Sebanyak 30 wang kertas terpilih dari seluruh dunia dipamerkan dalam bentuk jaya gantik 22 kali ganda lebih besar daripada saiz asal.
00:40Pengarah MAG BNM, Nurin Zulkipi berkata, setiap wang kertas memperlihatkan kehalusan seni, nilai sejarah, artifat budaya dan simbol kebangsaan serta penglipulara tersirat.
00:52Wang kertas RM5 Malaysia yang diperbuat daripada polimer misalnya bukan sahaja mencerminkan kekayaan alam semula jadi negara yang menampilkan burung enggak badak, malah perman dicalongkan antara 13 wang kertas tercantik dunia pada tahun 2012.
01:08Kesedaran kita tentang bila kita bercakap tentang wang kertas, tentang mata wang, ramai yang hanya tertumpu kepada nilai mata wang itu sahaja.
01:17Dan jarang-jarang kita tumpukan, kita nak ambil tahu atau tumpukan perhatian kita kepada proses, kepada artistry, kepada naratif disebalik elemen reka bentuk dan ilustrasi di atas wang kertas.
01:32Jadi atas sebab itu kita bawa pengunjung menyelusuri pameran kita pada hari ini melalui 30 wang kertas pilihan daripada seluruh dunia yang disaring dengan begitu teliti berdasarkan 3 kriteria utama iaitu historical significance, artistic and cultural representation dan juga kemajuan teknologi.
01:57Kemajuan teknologi ini termasuklah pemilihan bahan pembuatan wang kertas dan juga inovasi ciri-ciri keselamatan.
02:06Dan apa yang menarik tentang pameran ini, kalau selalu kita tengok wang kertas ini sebesar tapak tangan tapi melalui pameran ini kita besarkan wang kertas kita menjadi wang kertas gergasi sebanyak 22 kali ganda besar daripada saiz yang biasa.
02:26Turut mencuri tempuan, wang kertas yang mempunyai paparan realiti berimbung AR yang menghidupkan elemen reka bentuknya seperti wang kertas 500 dirham UAE serta wang contoh 10,000 ringgit yang mempaparkan istilah dolar dan ringgit dalam ejaan lama.
02:43Wang kertas asas RM600 sepenuh ulang tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang mempamerkan 9 raja dengan ukuran luar biasa menjadikannya wang kertas sah diperlakukan terbesar dunia.
02:56Turut mencuri perhatian, wang kertas polimer $20 Singapura dan Brunei dalam hal yang sama yang tertera gambar Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.
03:09Wang ini dilancarkan sepenuh ulang tahun ke-40 Perjanjian Pertukaran Mato Wang yang membolehkan dolar Brunei dan dolar Singapura ditukar pada nilai sama mencerminkan kerjasama kewangan dan kepercayaan serantau.
03:21Pameran ini juga mengetengahkan inovasi termasuk ciri keselamatan canggih yang melindungi daripada pemalsuan yang dipersembah dalam sebuah bilik gelap khas.
03:30Setiap denominasi yang dikeluarkan memiliki ciri-ciri keselamatan yang berbeza sebagai contohnya untuk RM5 memiliki ciri keselamatan micro text ataupun micro lettering yang susah untuk kita nampak menggunakan mata kasar
03:52tapi kalau kita menggunakan magnifying glass kita akan nampak tulisan-tulisan kecil yang sukar untuk dipalsukan.
04:02Selain daripada itu, ada juga ciri-ciri yang tidak boleh dilihat menggunakan mata kasar tetapi apabila kita pancarkan cahaya UV,
04:14imej-imej yang terpendam dalam mata wang itu akan boleh dilihat dan diantara-antara juga ciri-ciri yang sukar untuk dipalsukan.
04:24Selain pameran, ruang interaktif dan AR juga tersedia untuk menguji minda pengunjung.
04:29Pameran dibuka secara percuma di Yayasan Warisan Johor sehingga Februari tahun depan.
04:34Terima kasih telah menonton!