Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Seni dan sastera sebenarnya menjadi asas penting dalam pembentukan sahsiah, kemahiran insaniah serta pemikiran kritis.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam dunia yang mengejar teknologi dan kecanggihan digital, bidang seni dan sastra seringkali dipandang remit.
00:07Bahkan dianggap tidak menjanjikan masa depan yang cerah.
00:10Namun disebalik persepsi itu, seni dan sastra sebenarnya menjadi asas penting dalam pembentukan saksiah serta pemikiran kritis generasi muda.
00:30Seni dan sastra bukan bidang untuk cari duit. Jauh sekali pentas mengejar populariti semata-mata.
00:48Sebaliknya bidang ini membuka ruang besar dalam memahami nilai kemanusiaan, membina empati serta mengasah kebolehan berfikir secara kreatif dan kritikal.
00:57Satu kemahiran yang amat diperlukan dalam dunia masa kini.
01:02Ketua Program Komunikasi Fakulti Sains Sosial Universiti Islam Selangor UIS, Norazah Ahmad menegaskan
01:10antara nilai paling besar yang dipelajari melalui seni dan sastra ialah kepekaan terhadap kemanusiaan, ciri dan nilai yang membentuk hati serta jiwa manusia.
01:20Dia ada unsur-unsur kemanusiaan, insani. Kita akan lebih empati. Kita bila tengok keadaan sekeliling kita, kita tengok dengan mata hati.
01:38Selain itu, antara sebab logik akal semakin terencat dalam masyarakat adalah kerana kurangnya pendedahan apresiasi terhadap seni dan sastra.
02:04Pandangan itu diberikan Ketua Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi UIS, Zairul Azmir Zayyadi.
02:11Sastra itu wujud dan terbit daripada perasaan.
02:15Kalau kita tak cuba untuk hidupkan jiwa dan perasaan itu, kita tak dapat untuk memahami keadaan sekeliling kita.
02:26So, common sense itulah daripada situ. Kita sukar untuk, macam saya cakap tadi, macam kalau kita baca novel dan sebagainya, kita akan faham.
02:35Walaupun kita tak nak jumpa manusia macam itu, tapi bila kita baca novel, kita tahu ada karakter-karakter macam itu.
02:42Jadi, bila kita sendiri berjumpa dalam keadaan sebenar, jadi kita boleh deal dengan keadaan itu dengan lebih baik.
02:50Realitinya ramai tidak sedar, graduan kedua-dua bidang ini sebenarnya antara graduan paling fleksibel dan versatile dalam pasaran kerja.
03:03Ini kerana mereka dilengkapi dengan pelbagai kemahiran daripada komunikasi, pemikiran kritis, pengurusan emosi sehinggalah kepada kefahaman budaya.
03:12Kita develop skill kita, kita bina karakter kita yang baik dan kita akan belajar skill-skill tertentu.
03:20Dan bila kita keluar, kita mungkin pada awal itu kita akan mencari pekerjaan.
03:27Di awal-awal itu kita nak gain experience, pengalaman kerja, macam mana kita nak networking itu.
03:35Kan, networking penting. Tapi untuk satu-satu masa sahaja. Lepas pada itu, kita dah mula bergerak sendiri.
03:47Tapi kalau bidang bahasa Inggeris, dia boleh pergi ke korporat.
03:52Sebab dalam bidang korporat pun ada juga keperluan kepada contohnya korporat kom yang perlukan kepada mereka-mereka yang ada kemahiran bahasa juga kan.
04:02Dan juga kalau di bahagian-bahagian pertabiran pun, mereka juga perlukan kepada pekerja-pekerja yang ada kemahiran bahasa, terutamanya dalam bahasa Inggeris.
04:16Namun timbul juga persoalan, mengapa perlu belajar jika seseorang sudah mempunyai bakat semula jadi.
04:24Hakikat yang ramai terlepas pandang, bakat hanya membantu di peringkat permulaan, sokongan ilmu dan pengetahuan tetap diperlukan.
04:32Macam mana pun kita mesti masuk kelas dan belajar secara formal. Barulah dapat hasil.
04:43Kalau tidak, dia dapat, dia mungkin bergantung pada talent dia. Tapi hasil dia, kalau satu sampai sepuluh, hasil dia mungkin empat.
04:57Zairil pula menegaskan peranan sekolah dalam mengangkat seni dan sasra sebagai alat mendidik bukan sekadar tambahan kepada kurikulum.
05:06Kita perlukan lebih daripada itu. Kita perlukan mendekatkan anak-anak kita kepada seni-seni lukisan, seni-seni tarian, persembahan dan menulis sajak dan sebagainya.
05:23Jadi, bila ada aktiviti-aktiviti ini, pelajar-pelajar pun dia akan lebih seronok dan lebih eksplor diri mereka sendiri dan juga eksplor pesekatan mereka.
05:35Justeru masyarakat dan sistem pendidikan diharap mengiktirahkan semula kepentingan bidang seni dan sasra bukan sebagai pilihan kedua.
05:43Siri 2 esok akan melihat dalam gairah mengejar prestij, masih ada jiwa yang yakin dengan bidang seni dan sasra yang dicembuli.

Recommended