00:00Kami, Rakyat Malaysia, Rakyat Malaysia, berikran.
00:08Sudah 55 tahun dan rukun negara terus relevan untuk menjamin perpaduan serta jati diri rakyat Malaysia,
00:15Tegas Menteri Perpaduan Negara Aaron Aguragal.
00:19Tambahnya rukun negara bukan sekadar satu dokumen dasar atau slogan yang dihafal di sekolah,
00:24tetapi merupakan falsafah negara yang dirangka selepas tragedi 13 Mei 1969 untuk menyatu padukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
00:35Aaron berkata nilai rukun negara amat penting di era media sosial dan globalisasi kini,
00:40berikutan wujud banyak cabaran seperti penyebaran fitnah, kebencian antara kaum, sikap tidak hormat undang-undang
00:47dan jika tidak dikawal ia boleh melemahkan perpaduan.
00:50Aaron percaya membina perpaduan bukanlah kempen bermusim,
00:54tetapi proses sepanjang hayat bermula dari usia kanak-kanak.
00:58Justru Kementerian Perpaduan Negara mewujudkan tabikah perpaduan,
01:02kelab rukun negara di sekolah,
01:05sekretariat rukun negara di peringkat pengajian tinggi
01:07sebagai platform mengarus perdanaan penghayatan rukun negara.
01:12Selain itu, Kementeriannya juga memperkenalkan program Arkhip at Sekolah,
01:16Gerak Integrasi Perpaduan, Citra Negaraku, Konvensyen SRN
01:20dan Simposian Pendidikan Rukun Negara untuk tujuan yang sama.
01:25Syamsul Amri Baharudin dari Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia berkata,
01:30nilai rukun negara yang disemai sekian lama kini membuahkan hasil
01:34apabila rakyat dengan sendirinya mampu bertolak ansur dalam segala hal
01:39tanpa campur tangan kerajaan.
01:41Tiap-tiap minggu, you pergi ke kawasan perumahan di seluruh negara,
01:46ada tiang ditegakkan untuk orang kenduri.
01:49Pernah dapat permission ke? Tak pernah.
01:51Tapi macam mana dia boleh sampai keputusan untuk mengadakan kenduri itu di jalan raya?
01:58Mereka berunding sesama sendiri.
02:00Dia lebih membuktikan kepada saya kemampuan rakyat Malaysia,
02:03kematangan mereka untuk mencari jalan supaya mereka dapat bersama.
02:08Rukun negara bukan hanya masih relevan,
02:11malah merupakan tiang seri kepada kestabilan dan kemanjuan negara.
02:16Jom ikut Hailey, kita baca rukun negara.
02:23Kepercayaan kepada Tuhan,
02:25kesetiaan kepada raja dan negara,
02:28keluhuran perlembagaan,
02:30kedaulatan undang-undang,
02:32kesopanan dan kesusilaan.
02:35Hailey Izzati, FMT.
02:38Terima kasih telah menonton!
02:40Terima kasih telah menonton!
02:41Terima kasih telah menonton!