• 1 year ago
Pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 adalah demi mengelak berulangnya tindakan kerajaan terdahulu, yang menyebabkan banyak tanah milik Melayu serta bumiputera tergadai, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pelaksanaan Akta Pembaharuan Semula Bandar atau PSB 2025 adalah demi mengelak berulangnya tindakan perajaan terdahulu yang menyebabkan banyak tanah milik Melayu Bumi Putera tergadai.
00:14Perdana Menteri berkata ia sama sekali berbeza dengan naratif kononnya kerajaan Madani tunduk kepada tuntutan kaum Cina atau mahu memindahkan kaum Melayu ke luar bandar.
00:24Perdana Menteri menegaskan kerajaan hari ini tidak akan mengulangi tindakan kerajaan terdahulu yang beliau sifatkan lebih mudah menyerahkan tanah di bandar kepada pemaju demi keuntungan.
00:39Jadi sebab itu rang undang-undang ini semangat itu nak kata semua betul tak? Yang betul tak betul Menteri Besar tahulah LX semua tahu.
00:52Bukan undang-undang. Kita yang melaksanakan. Yang serah jual tanah lebih kurang itu. Yang bagi kepada syarikat-syarikat tentu arah. Bagi mudah-mudah tanah-tanah ini termasuk tanah sungai besi itu.
01:06Siapa kerajaan bukan undang-undang? Siapa penguasa pada masa itu? Siapa Menteri pada masa itu?
01:13Baik. Ini yang kita hentikan. Ini wajib di sekat kesalahan kita orang yang berkuasa membuat keputusan yang tak fikir kebajikan orang ramai, rakyat dan dasar negara.
01:31Dia ikut peraturan undang. Tapi dia khianat amanah kepada rakyat.
01:36Ini saya gunakan kesempatan pada petang ini bicara hal ini kerana hal ini masih hangat dibicarakan.
01:44Apa yang dibicarakan dari tiga luar?
01:47IM, kerajaan, tunduk kepada tekanan China, ambillah lebih tanah Melayu dan pindahkan orang Melayu.
01:53Yang pindah dulu kamu, yang pindah dulu dulu kerajaan kamu, kan kami tidak akan khianati.
02:00Baik Bim Putera, baik Cina, baik India, hak mereka akan kita pertahankan.
02:06Dan berkata demikian, sewaktu berucap merasmikan pembukaan Seksyen 1 Lebuh Raya Lembah Kelang Timur atau EKVE pada Jumaat.
02:15Akta PSB 2025 dibacakan buat kali kedua oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ngakoming,
02:21sewaktu persidangan Dewan Rakyat pada Khamis, namun pembahasannya ditangguhkan ke sesi seterusnya.
02:27Sewaktu membentangkan RU itu, Koming berkata pihak kementerian akan melakukan pindaan,
02:33termasuk berhubung nilai ambang persetujuan untuk menyertai projek pembaharuan semula bandar.
02:39Dia berkata pindaan pada fasal 19 itu bagi menghormati dan menyantuni pandangan jawatan kuasa pilihan khas infrastruktur,
02:46pengangkutan dan komunikasi Dewan Rakyat,
02:48lalui sesi perbincangan khas pada 21 Ogos lepas.

Recommended