• 1 year ago
Gelombang protes susulan kematian tragis penunggang ojek dalam talian, Affan Kurniawan, merebak ke Surabaya apabila ratusan peserta demonstrasi mengepung Gedung Negara Grahadi petang Jumaat untuk menuntut keadilan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Gelombang protes susulan kematian tragis penunggang ojek dalam talian Afan Kurniawan merebak ke Surabaya apabila ratusan perserta demonstrasi mengepung gedung negara Gerahadi petang Jumaat untuk menuntut keadilan.
00:15Sejak jam 2 petang waktu tempatan, kumpulan penunjuk perasaan terdiri daripada penunggang ojek, aktivis mahasiswa dan masyarakat awam mula berkumpul sambil membawa sepanduk, mendesak siasatan menyeluruh dan menghentikan kekerasan pihak berkuasa.
00:33Mereka turut menyanyikan lagu patriotik dan melaungkan slogan menuntut reformasi pasukan keselamatan.
00:40Keadaan menjadi tegang apabila beberapa perserta bertindak merempuh pagar kawat berduri dan melempar objek ke arah pasukan keselamatan.
00:49Polis bertindak balas dengan menyuraikan perserta menggunakan gas pemedi mata dan meriam air.
00:54Beberapa kenderaan rosak dan belasan penunggang ojek dilaporkan cedera ringan.
00:58Koordinator protes Zaldi Ramadan menyampaikan 5 tututan utama kepada pihak berkuasa.
01:04Ini termasuk pemecatan anggota BRIMOP Mobile Brigade yang terlibat dalam insiden pelanggaran, pemberian pampasan kepada keluarga mangsa serta jaminan keselamatan bagi penunggang ojek dalam menjalankan tugas harian.
01:17Terdahulu Afan Kurniawan, 21 tahun, maut selepas dilanggar kenderaan taktikal BRIMOP ketika menghantar pesanan makanan semasa demonstrasi di Jakarta minggu lalu.
01:27Insiden tersebut mencetuskan kemarahan meluas dan menjadi simbol perjuangan masyarakat akar umbi menentuk keadilan serta reformasi institusi.

Recommended