00:00Keputusan Menteri Besar Kedah Sanusi Nur menolak pencalonan bagi jawatan naib Presiden PAS dalam pemilihan parti akan datang bukan disebabkan tekanan, kata setiausaha agung PAS Takyuddin Hassad.
00:12Beliau berkata keputusan Sanusi menolak pencalonan bukan perkara pelik kerana ahli PAS diajar bahawa jawatan adalah tanggungjawab dan bukan untuk kemegahan.
00:23Takyuddin mengingatkan Sanusi menggalas peranan ketua pengarah pilihan raya dan akan terbabit dalam PRN Sabah akan datang.
00:30Dengan keputusan Sanusi ini, Takyuddin berkata penyanang 5 jawatan tertinggi dalam PAS iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan 3 naib Presiden diumumkan menang tanpa bertanding.
00:42Semalam FFT melaporkan sumber rapat Sanusi berkata, adun jeneri itu mungkin tidak akan bertanding naib Presiden kerana merasakan barisan kepimpinan tertinggi yang ada ketika ini telah melaksanakan tugas dengan baik.
00:56Azzurin Zainal, FMT
00:59Terima kasih telah menonton!