00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan rang undang-undang RUU pekerja GIK 2025 yang diluluskan Parlimen sebagai hadiah kepada anak muda berkecimpung dalam sektor GIK.
00:12Jelas beliau RUU tersebut memberikan takrifan lebih jelas kepada profesyen berkenaan dengan pelindungan sosial yang kukuh serta masa depan lebih terjamin.
00:21Ia merupakan satu kemenangan bagi pekerja GIK sesuai dengan semangat kemerdekaan kini iaitu pembebasan dari tekanan serta mendengar dan menyantuni tuntutan komuniti ini.
00:33Tegasnya, setiap keringat dan usaha pekerja GIK adalah berwarna maruah serta mempunyai sumbangan yang besar kepada pengukuhan ekonomi rakyat dan negara.
00:43Hujan Anwar lagi, meskipun RUU itu perlu melalui proses perundangan rumit dan ada menerima bantahan, ia akhirnya diluluskan.
00:51Selain itu, beliau telah merakam perhargaan kepada Menteri Sumber Manusia, Stephen Sim dan kementeriannya yang konsisten menyokong usaha merealisasikan aspirasi melibatkan pekerja GIK.
01:03RUU Pekerja GIK 2025 akan memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta pekerja sektor berkenaan termasuk hak rundingan gaji dan syarat kerja.