00:00Mu'alaf mempunyai kedudukan istimewa dalam usaha memukuk persefahaman antara Muslim dan bukan Muslim.
00:07Demikian intipati Persidangan Komuniti Muslim Baharu 2025 yang menghimpunkan ratusan peserta
00:13antaranya pemimpin komuniti, saudara baharu, aktivis serta masyarakat umum daripada pelbagai latar belakang di Kuala Lumpur pada Khamis.
00:21Persidangan Anjuran New Muslims Community atau NMC ini menekankan peranan unik saudara baharu sebagai jambatan semula jadi dalam menyatukan masyarakat berbilang kaum dan agama.
00:35Pengasas dan Presiden Al-Khadim, Datuk Syekh Hussein Yee berkata, masyarakat perlu sedar cabaran saudara baharu serta komited dalam visi membina masyarakat Malaysia yang lebih inklusif.
00:46Sepajang persidangan, perserta mengambil bahagian dalam sesi perbincangan panel, perkongsian kisah peribadi dan forum interaktif.
00:55Antara tema yang dibincangkan ialah dinamika kekeluargaan saudara baharu, pembentukan komuniti sokongan serta usaha mengukuhkan perpaduan sosial ke arah membina sebuah negara yang lebih bersatu dan harmoni.
01:07Jemputan kehormat yang lain antaranya Presiden Islamic Propagation Society International, Datuk Kamaruddin Abdullah, Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta selebriti Finn Jamal, Noh Saleh dan Lisa Surihani.