00:00Tidak ada pertandingan melibatkan 5 jawatan tertinggi PAS melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan 3 Naib Presiden dalam pemilihan sempena muktama tahunan ke-71 parti itu pada pertengahan September ini.
00:14Perkara itu disahkan setiusaha agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
00:18Menurut Takiyuddin, keputusan itu selepas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mohamad Sanusi Maknur menolak pencalonannya untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden PAS buat kali ketiga dan hanya bertanding untuk jawatan Ahli Jawatan Kuasa Kerja AJK PAS Pusat.
00:34Takiyuddin memaklumkan keadaan itu sekaligus menyaksikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Doktor Ahmad Samsuri Mohtar, Speaker Dewan Undangan Negeri Dun Kelantan Datuk Mohamad Amarnik Abdullah dan Datuk Idris Ahmad kekal bagi jawatan berkenaan sehingga pemilihan akan datang.
00:51Jadi, Yang Makbohamad, Datuk Seri Sanusi mempunyai peranan yang cukup penting dalam PAS sebagai Panglima Pilihan Raya kita.
01:05Dia akan terus menjadi Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS seluruh negara.
01:12Yang terdekatnya Pilihan Raya Sabah pun beliau akan terlibat dan itu peranan yang cukup penting kepada beliau.
01:18Jadi, tanpa apa-apa tekanan beliau memutuskan untuk tidak menerima percanaan pada kali ini.
01:27Mungkin kali-kali akan datang, maksudnya akan tiba.
01:32Itulah proses kepimpinan yang ada dalam PAS.
01:36Tapi dia kekallah sebagai bertanding untuk jawatan Ahli Jawatan Kuasa.
01:42PAS Pusat itu kekal.
01:43Dalam perkembangan sama, Takyuddin maklumkan bahawa seramai 30 calon akan bertanding bagi mengisi 18 jawatan Ahli Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat bagi penggal kali ini.
01:55Bagi sayap Dewan Ulamak PAS, tiada pertandingan melibatkan semua jawatan termasuk Ketua, Timbalan, Naib serta AJK.
02:01Manakala Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat, pertandingan hanya berlangsung bagi peringkat AJK sahaja.
02:08Jelasnya keadaan yang berlaku bukanlah sesuatu yang pelik di mana ahli-ahli PAS sentiasa diajar dengan sikap menolak jawatan.
02:14Beliau turut menyatakan bahawa muktamat tahunan yang berlangsung pada 15 dan 16 September di Kedah tahun ini
02:21akan melibatkan 4,200 perwakilan dari seluruh negara.