00:00Rakyat Malaysia yang berada atau berkunjung ke Jakarta, Indonesia dinasihatkan supaya menghindari lokasi demonstrasi yang berlaku di Republik itu.
00:09Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menerusi kenyataan berkata, rakyat Malaysia juga diminta untuk tidak membabitkan diri dalam apa-apa bentuk tindakan yang menyalahi undang-undang tempatan negara itu.
00:21Katanya Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta juga memantau perkembangan berikutan beberapa siri demonstrasi di Senayan bermula pada 25 Ogos lalu dan mempengaruhi aliran pergerakan trafik dengan penutupan beberapa lokasi terutama di Jakarta Selatan dan Jakarta Pusat.
00:38Bagi bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh hubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 62813-3808-13036.
Comments