Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Tianjin, China pada Ahad, atas jemputan Presiden China Xi Jinping bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Tianjin, China, petang ahad bagi lautan kerja 4 hari ke China.
00:08Lawatan beliau kali ini merupakan atas jemputan Presiden Xi Jinping khusus bagi menghadiri sidang kemuncak pertubuhan kerjasama Shanghai, SCO.
00:17Selain itu, Perdana Menteri dan delegasi turut dijadwalkan untuk menyaksikan sambutan ulang tahun ke-80 kejayaan rakyat China
00:24dalam peperangan menentang pencerobohan Jepun dan peperangan anti-fasis sedunia.
00:30Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di lapangan terbang antarabangsa Tianjin bin Hai pada 5.27 petang ahad
00:39sebelum diberi sambutan Permaidani Merah serta kawalan kehormatan terdiri daripada 36 anggota.
00:46Beliau disambut oleh Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhammad, Menteri Pertanian China Han Jun,
00:52Pengurusi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China CPPCC Tianjin Wang Changsong dan Duta China ke Malaysia Ouyang Yu Jing.
01:02Menurut jadual Wisma Putra sejurus tiba, beliau dan isteri akan bertolak ke majlis makan malam gala persidangan itu
01:09yang dianjurkan Xi Jinping selaku pengerusi SCO di pusat konvensyen Meijing Tianjin.
01:16Pada isteri, Perdana Menteri selaku pengerusi ASEAN akan menyampaikan ucap pertama di sidang kemuncak SCO Plus
01:22dengan mesej menekankan komitmen Malaysia untuk meletakkan kedua-dua negara dan ASEAN
01:27sebagai hub dinamik bagi perdagangan dan pelaburan.
01:30Beliau turut menyampaikan syarahan umum bertajuk Sovereign Interdependence Building a Shed Future in Asia
01:36di Universiti Tianjin, Universiti Modern tertua di China.
01:40Perdana Menteri kemudiannya dijadwalkan bertolak ke Beijing bagi mengadakan kunjungan hormat ke atas Xi Jinping
01:45di Dewan Besar Rakyat diikuti mesyuarat dua hala dengan Premier China Li Qiang pada selasa.
01:51Lawatan ini merupakan lawatan keempat Perdana Menteri ke China sejak memegang jawatan pada November 2022
01:57mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara sejak hubungan diplomatik diwujudkan pada 31 Mei 1974.
Comments

Recommended