• 1 year ago
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie–Toh Ee Wei, muncul juara Kejohanan Dunia di Perancis apabila menewaskan gandingan dari China yang juga pilihan kedua, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Saat jutaan rakyat mengibarkan jalur gemilang sempena ulang tahun kemerdekaan ke-68,
00:06arena sukan tanah air turut diraihkan dengan hadiah bersejarah apabila beregu campuran negara
00:12Chen Tangjeng, Toh Yi Wei muncul juara kejohanan dunia di Perancis pada ahad.
00:18Pada aksi final yang berlangsung di Adidas Arena, Paris,
00:22gandingan keempat dunia itu tanpa gentar berdepan gandingan dari China yang juga pilihan kedua,
00:27Jiang Zhenbang, Wei Yasin, 21.15 pada set pertama.
00:35Pada set kedua, mereka terus mengekang kebangkitan pasangan China dan menamatkan kemenangan 21.14 dalam tempoh 40 minit.
00:43Tangji Yi Wei tidak sedikit pun goyah meskipun rekod lalu memihak kepada lawan beregu kedua dunia itu
00:49dengan kelebihan 3-1 termasuk kekalahan perit pada terbuka Jepun bulan lepas.
00:54Kejayaan itu menuktahkan penantian hampir dua dekad selepas pencapaian terbaik negara dalam acara beregu campuran
01:01hanyalah di separuh akhir menerusi Ku Kian Kiat, Wong Pei Ti pada edisi 2006 di Madrid, Sepanyol.
01:08Sementara itu, Tangji seperti dipetik bernama berkata,
01:11tiada kata-kata mampu menggambarkan perasaannya selain gembira kerana kini mereka boleh digelar juara dunia.
01:18Beliau merasakan persiapan mental sangat jelas dan mereka tidak memikirkan soal kalah atau menang sebelum perlawanan,
01:25sebaliknya hanya fokus kepada aksi dan menikmati setiap detik.
01:29Terima kasih.
01:31Terima kasih.
01:32Terima kasih.
01:34Terima kasih.

Recommended