00:00Baik, selepas sidang media presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Ahad,
00:05tumpuan kini terarah adakah kenyataan Prabowo itu boleh meredakan suhu kemarahan rakyat di Republik itu.
00:12Selain itu, kita juga ingin melihat apa yang boleh dijangkakan selepas ini.
00:16Untuk itu, kita langsung bersama dengan wartawan Israwani Fauzi Zin yang kini berada di Jakarta Pusat.
00:22Fauzi, apa yang boleh dikongsikan?
00:24Baik, rangkuman untuk 31 Ogos 2025 dari Kota Jakarta berkaitan dengan perkembangan semasa,
00:35demonstrasi ataupun protes yang dilakukan bukan sahaja di Kota Jakarta, malah merebak di kota-kota yang lain.
00:42Untuk hari ini dan seperti apa yang saya kongsikan sebelum ini, di sebelah siangnya keadaan terkawal
00:47dan sehinggalah pada waktu ini ketika saya bawa ke perkembangan ini juga,
00:51kalau dilihat di persekitaran ataupun di hadapan Dewan Perwakilan Rakyat itu masih lagi keadaan tenang dan juga terkawal.
01:00Itu satu.
01:01Sudah tentu kalau kita bercakap tentang tumpuan pada hari ini,
01:04melihat kepada kenyataan ataupun apa yang disampaikan oleh Presiden Prabowo,
01:09susulan pertemuan yang diadakan bersama dengan ketua-ketua parti politik,
01:13antara lain melihat kepada keputusan untuk memansuhkan allowance yang dijadikan isu,
01:22allowance kepada anggota DPR yang dijadikan isu pemicu kepada protes dan juga demonstrasi ini
01:31dan juga moratorium ataupun pemengkuan sementara khususnya bagi perjalanan keluar negeri untuk anggota DPR.
01:39Juga dimaklumkan dan juga disampaikan dalam sidang media itu,
01:43Presiden Prabowo turut mengingatkan supaya ketua-ketua parti politik untuk mengambil tindakan yang sewajarnya
01:50kepada anggota-anggota DPR yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan publik.
01:58Dan ini juga terkait dengan apa yang berlaku dalam perkembangan yang masih yang sama,
02:02dua parti politik telahpun menggantung anggota DPR-nya.
02:08Baik daripada parti Nasdem dan juga parti PAN ataupun parti amanat negara.
02:14Okey, apa yang boleh kita jangkakan berlaku esok?
02:17Okey, difahamkan ataupun ini adalah rumus ataupun ada cakap-cakap,
02:21akan ada satu lagi demonstrasi skalanya besar yang akan ditunjangi oleh kumpulan mahasiswa dan juga kumpulan buruh.
02:29kumpulan buruh ini siapa? Mereka yang terdiri kebanyakannya yang akan disertai oleh pemandu ojek ataupun grab
02:37ataupun pemandu yang motosikal, yang menggunakan motosikal sebagai punca rezeki.
02:42Itu akan menjadi tumpuan esok, baik di depan DPR ini ataupun di beberapa lokasi lain juga dimaklumkan.
02:51tetapi sehingga kini belum ada pemakluman secara rasmi akan adakah ataupun berlangsungkah esok demonstrasi
03:00ataupun protes besar-besaran itu dengan mengambil kira keputusan dan juga langkah yang diumumkan oleh Presiden Prabowo
03:07berkaitan dengan perkara-perkara yang saya sebutkan pada awal tadi.
03:10Okey, itu satu.
03:11Yang keduanya, walaupun belum ada ketetapan ataupun berpengguman rasmi berkaitan dengan demonstrasi
03:16ataupun protes yang akan dilakukan, difahamkan juga sektor pendidikan ataupun sekolah-sekolah
03:23tidak diliburkan atau tidak dicutikan tetapi dibenarkan belajar dari rumah.
03:29Begitu juga dengan sektor pekerjaan, ada warga kerja yang dimaklumkan telah mendapat kebenaran
03:36daripada pihak pejabat ataupun kantor-kantornya telah memberi kebenaran untuk warga kerja work from home
03:43ataupun bekerja dari rumah.
03:44Okey, yang terakhir sekali secara kesimpulannya mungkin fokus esok untuk saya bawakan untuk melihat
03:51apa mungkin respon daripada aktivis ataupun mereka yang sebelum ini ada beberapa tuntutan yang dimahukan
03:59yang diberi sorotan dalam sepanjang siri demonstrasi besar dan juga protes ini
04:07adakah dengan pengumuman yang dilakukan oleh Presiden Prabowo adakah sudah cukup untuk sedikit sebanyak
04:14meredakan ketegangan yang berlaku pada ketegangan ataupun itu masih belum lagi cukup.
04:21Itu yang akan menjadi fokus saya dan juga selain daripada perkara-perkara lain, kita perlu juga melihat kepada dampak
04:28ataupun impak kepada protes secara berterusan ini. Baik dari segi keselamatan umumnya, juga mungkin saya
04:36nak juga melihat kepada dampak ekonominya. Okey, itu adalah rangkuman dan juga apa yang boleh kita aspek
04:43ataupun yang boleh kita jangkakan apa yang berlaku esok dan beberapa hari kemudian dalam mana kita melihat
04:49perkembangan semasa bukan sahaja di Jakarta tapi di seluruh Indonesia ini.