• 1 year ago
Polis menahan seorang guru taska dipercayai dera fizikal dan mental seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Bandar Rimbayu, Kuala Langat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan seorang guru taskar dipercayai mendera fizikal dan mental seorang kanak-kanak berusia 2 tahun di Bandar Rimbayu, Kuala Langat.
00:10Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Muhammad Akmal Rizal Radzi berkata,
00:14pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada 91 minit malam 24 Ogos lepas setelah dimaklumkan oleh guru taskar lain
00:23mengenai tindakan suspek yang bertindak kasar terhadap kanak-kanak perempuan berkenaan.
00:28Beliau berkata berdasarkan laporan, suspek memukul kepala mangsa menggunakan botol air, turung saji,
00:35selain turut bertindak mengheret kanak-kanak itu menggunakan kaki dari kawasan kelas sehingga ke bilik air.
00:42Katanya pada 22 Ogos lepas, pengadu melihat rakaman kamera lita tertutup CCTV dan mendapati kejadian berlaku seperti mana yang diceritakan guru taskar lain sebelum ini.
00:52Pengadu kemudian berbincang dengan pihak keluarga berkaitan kejadian itu sebelum hadir untuk membuat laporan.
01:00Pemeriksaan juga mendapati tiada kecederaan pada kanak-kanak perempuan itu.
01:05Muhammad Akmal Rizal berkata suspek wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis
01:11selepas 5 hari ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31-1 Akta Kanak-Kanak 2001.

Recommended