00:00Peninju muda negara Johan Ghazali atau Jojo meluahkan rasa gembira selepas mencatat satu lagi kejayaan penting di pentas antarabangsa.
00:10Sebaik tamat pertarungan, Jojo tidak dapat menyembunyikan keterujaannya dengan meluahkan rasa gembira dan menyifatkan ibunya adalah individu yang paling gembira dengan kejayaan itu.
00:30Dia turut menjahirkan penghargaan kepada seluruh pasukannya sambil mendoakan kejayaan berterusan buat rakan seangkatan yang bakal beraksi selepas ini.
00:41Dalam suasana penuh mesra, Jojo mengambil masa menyapa penyokong serta sahabat yang hadir dan berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan.
00:51Dalam laman Instagramnya pula, Jojo berkongsi beberapa keping gambar kejayaan dalam pertandingan itu dengan caption Jojo is back.
00:58Jojo berjaya menewaskan Josue Cruz di pusingan pertama pada aksi 1-168 di Denver, Colorado, AS pada Jumaat.