• 4 minutes ago
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan untuk membentangkan Rang Undang-Undang (RUU), khusus berkaitan gelandangan menjelang 2028 bagi menangani permasalahan golongan itu secara lebih menyeluruh dan berkesan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM menyasarkan untuk membentangkan ruang undang-undang khusus berkaitan gelandangan menjelang 2028 bagi menangani
00:11permasalahan golongan itu secara lebih menyeluruh dan berkesan.
00:15Menterinya Datuk Seri Nancy Syukri berkata, pada masa ini usaha merangka perundangan itu masih pada peringkat permulaan dengan Kementerian sedang
00:23menjalankan kajian terperinci mengenainya.
00:27Mengulas lanjut mengenai kebanjiran golongan gelandangan dan pemintas dekah warga asing di ibu kota serta seluruh negara, Nancy menegaskan isu
00:36berkenaan memerlukan kerjasama rentas agensi dan bukan terletak di bawah tanggungjawab satu kementerian sahaja.
00:42Beliau berkata KPWKM sentiasa melaksanakan operasi bersepadu secara turun padang bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL, Polis Diraja Malaysia
00:52PDRM dan Jabatan Immigration Malaysia JIM.
00:54Dalam pada itu, Nancy Syukri menzahirkan penghargaan kepada pengamal media yang disifatkan sebagai jambatan penting dalam menyampaikan maklumat terkini mengenai
01:03dasar, perkhidmatan serta undang-undang baru Kementerian kepada rakyat.

Recommended