00:00Harga kereta bukan berjenama tempatan khususnya model import CBU berisiko meningkat tahun depan susulan kemungkinan perubahan kaedah pengiraan cukai eksais
00:10berdasarkan nilai pasaran terbuka atau OMV.
00:13Menurut firma pendidikan BIMB Securities, ketidaktentuan mengenai pelaksanaan kaedah baru itu menjadi antara faktor utama yang bakal mempengaruhi industri otomatif
00:22negara tahun depan.
00:25Katanya perubahan tersebut berisiko meningkatkan harga kenderaan import sekaligus menambah tekanan kepada pengedar yang berdepan persaingan harga dan margin keuntungan
00:35yang semakin kecil.
00:37Firma itu bagaimanapun berkata, kadar kenaikan harga dan tarikh pelaksanaan kaedah baru itu masih belum dimuktamadkan.
00:44Dari segi jualan, BIMB Securities menjangkakan jumlah keseluruhan industri otomotif Malaysia menurun kepada antara 800,000 hingga 820,000 unit
00:56pada 2027 berbanding onjuran 830,000 unit tahun ini.
01:01Dalam segmen kenderaan elektrik EV, Proton IMAS terus mengukuhkan kedudukan dengan menguasai 61.3% pasaran pada Oktober didahului modal
01:12IMAS 5 yang merekodkan 2,262 pendaftaran.
01:17Namun, keseluruhan pendaftaran EV menyusui 23.8% kepada 4,592 unit pada bulan berkenaan, manakala kenderaan hybrid meningkat 79
01:29% kepada 5,023 unit.
01:32Sementara itu, Peradua dijangka terus menjadi pemacu industri dengan pelancaran MyV generasi Baharu pada awal 2027 dijangka menyokong jualan.
01:41Syarikat itu masih mempunyai kira-kira 40,000 tempahan tertunggak mencerminkan permintaan yang kekal kukuh.
01:50Justru, BIMB Securities mengekalkan penarafan neutral terhadap sektor otomotif dengan menjangkakan pertumbuhan jualan yang lebih sederhana pada 2027.
02:01Perubahan dasar cukai, persaingan harga dan peralihan permintaan antara EV, hybrid dan konvensional dijangka menjadi faktor penentu hala tujuh industri
02:10tersebut tahun hadapan.
02:11Terima kasih telah menonton!