• 8 minutes ago
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan hak negerinya perlu dipertahankan, namun kepentingan ekonomi Malaysia secara keseluruhan juga perlu diutamakan dalam rundingan antara Petros dan Petronas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sarawak berharap rundingan antara Petros dan Petronas mencapai penyelesaian secara muafakat, berlandaskan semangat setia kawan serta kepentingan ekonomi negara.
00:09Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata, kerajaan negeri berharap sebarang penyelesaian yang dicapai mengambil kira kepentingan kedua
00:17pihak.
00:18Katanya, Sarawak tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan ekonomi negara, namun pada masa sama tetap komited mempertahankan haknya
00:28dalam industri minyak dan gas.
00:30Tambahnya, Sarawak mempunyai asas perundangan tersendiri dalam memperjuangkan hak berkenaan termasuk menerusi ordinan perlombongan yang masih berkuat kuasa.
00:40Penubuhan Petros katanya membolehkan negeri itu memainkan peranan lebih besar dalam industri minyak dan gas sekaligus memperkukuhkan kedudukan sebagai pemain
00:49utama sektor berkenaan.
00:51Ia turut melibatkan pembangunan beberapa sektor cabang lain seperti petrokimia menerusi Sarawak Pet Camp yang membabitkan pengeluaran metanol.
00:59Abang Jo berkata cabaran utama bagi kerajaan negeri adalah memastikan hak Sarawak terus dipertahankan tanpa mengorbankan hubungan kerjasama dengan Petronas
01:09di peringkat persekutuan.

Recommended