• 5 minutes ago
Kejatuhan saham teknologi berkaitan AI mencetuskan peralihan minat pelabur kepada saham defensif yang menawarkan dividen menarik dan pendapatan stabil.

Menurut BIMB Securities, sektor REIT, utiliti dan penjagaan kesihatan berpotensi mendapat perhatian, ketika FBM KLCI berdepan tekanan jualan dan aliran keluar dana asing, tatkala pasaran global berdepan tekanan jualan akibat kejatuhan saham teknologi berkaitan AI.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Minat pelabur terhadap saham berdividen tinggi dan syarikat berpendapatan stabil dijangka meningkat dalam masa terdekat.
00:07Firma pendidikan BIMB Securities berkata, ini susulan kejatuhan saham teknologi berkaitan kecerdasan buatan AI yang mencetuskan tekanan jualan di pasaran
00:16global.
00:18Firma itu berkata peralihan strategi pelaburan itu menyaksikan dana mula bergerak ke sektor lebih defensif, termasuk amalah pelaburan hartalah REIT,
00:26utiliti, penjagaan kesihatan dan syarikat keuangan.
00:29Sektor REIT mencatatkan prestasi terbaik dengan kenaikan 1.6% bagi minggu berakhir 20 November, disokong tarikan hasil dividen sekitar
00:396%.
00:40Sebaliknya, sektor teknologi merosot 6.5% dan produk perindustrian menyusut 5.8% susulan kebimbangan terhadap pulangan pelaburan AI
00:51dan sekatan ekspor chip Amerika Syarikat.
00:54Tekanan turut dirasakan pasaran tempatan apabila pelabur asing mencatatkan jualan bersih saham Malaysia sebanyak RM279 juta bagi minggu berkenaan.
01:05Walaubagaimanapun, institusi tempatan dan pelabur runcit muncul sebagai pembeli bersih, masing-masing sebanyak RM232 juta dan RM47 juta.
01:14BIMB Securities menjangkakan indeks FBM-KLCI bergerak dalam julat 1,540 hingga 1,580 mata dalam tempoh terdekat,
01:26ditekan oleh ketidaktentuan pasaran global dan jangkaan perubahan kadar faedah mereka.
01:30Terima kasih kerana menonton!

Recommended