00:00Baik, sebanyak 128 kertas siasatan dibuka berhubung pelanggaran perintah gaji minimum 2024 dengan 46 kes dibawa ke mahkamah yang membabitkan
00:10denda berjumlah RM56,900.
00:13Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Fidaus Akbar Khan berkata, antara majikan didakwa ialah sebuah syarikat dalam sektor pembuatan yang
00:21dikenakan denda RM8,000 dan syarikat sektor perkhidmatan yang didenda RM24,000 kerana membayar gaji di bawah kadar minimum ditetapkan.
00:31Antara langkah yang diambil adalah melalui pemeriksaan secara berterusan ke atas primis majikan bagi memastikan pematuhan terhadap perintah gaji minimum
00:412024 sehingga 31 Ogos 2026.
00:47JTK telah menjalankan sebanyak 28,259 pemeriksaan ke atas primis majikan dalam pelbagai sektor termasuk sektor peniagaan mikro.
00:58Sepanjang sebanyak 204 majikan tidak mematuhi perintah gaji minimum 2024 dan notis pematuhan telah dikeluarkan kepada majikan berkenaan untuk tindakan
01:10pembetulan.
01:11Khairul Firdaus berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Abdul Khalid Abdullah PN Rompin yang meminta kementerian menyatakan statistik tahap pematuhan
01:21majikan selepas pelaksaan dasar gaji minimum RM1,700
01:25serta langkah penguat kosaan terhadap sektor perniagaan mikro di luar bandar yang berdepan peningkatan kos operasi.
01:33Tambah Khairul Firdaus, Jabatan Tenaga Kerja menerima sebanyak 264 aduan berkaitan pelaksaan perintah gaji minimum 2024 dan 233 aduan telah
01:44diselesaikan dan 185 aduan didapati berasas.
01:49Bagi kes buruh pula, sebanyak 585 kes direkodkan, sebanyak 477 kes diselesaikan dengan perintah pembayaran lebih RM800,000 dikeluarkan.