• 7 minutes ago
Delta Air Lines mengalami kelewatan singkat di Lapangan Terbang Atlanta selepas sistem pengiraan berat dan imbangan pesawat terganggu. Operasi diteruskan menggunakan kaedah manual sebelum sistem automasi dipulihkan.
Transcript
00:00Delta Airlines mengalami kelewatan singkat bagi penerbangan dari dan ke lapangan terbang antarabangsa Hartsfield-Jackson, Atlanta pada ahad sesuai masalah
00:09sistem pengiraan berat dan imbangan pesawat.
00:13Syarikat penerbangan itu memaklumkan penggunaan kaedah manual bagi memastikan pesawat dapat berlepas dengan selamat sementara sistem automasi menjalani pemulihan.
00:24Delta kemudian mengesahkan sistem automasi bagi pengiraan berat dan imbangan penerbangan berlepas kembali berfungsi.
00:32Pengiraan berkenaan penting bagi memastikan berat pesawat berada dalam had keselamatan serta kedudukan pusat graviti yang sesuai untuk penerbangan stabil.
00:41Syarikat itu turut bekerjasama dengan pihak kawalan trafik udara bagi mengurangkan kesesakan di hak utamanya itu yang merupakan lapangan terbang
00:49paling sibuk di Amerika Syarikat.
00:52Gangguan terbaharu itu berlaku ketika musim perjalanan cuti yang sibuk hanya beberapa hari selepas masalah rangkaian penghalil di Amerika pada
01:0013 November
01:00mencetuskan arahan henti operasi penerbangan di seluruh negara menjejaskan lebih 18,000 penerbangan dan kira-kira sejuta penumpang.

Recommended