Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kerajaan umum strategi menyeluruh termasuk pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan bagi tangani isu penagihan dadah yang mencecah 135,000 orang.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seramai 135,000 penagih dadah direkodkan di negara ini setakat 30 Jun lalu.
00:06Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah itu membimbangkan dan kerajaan dengan kerjasama pelbagai pihak sentiasa berusaha untuk mengurangkan jumlah penagihan dadah di negara ini.
00:20Katanya strategi kerajaan ialah mengurangkan angka itu melalui program pencegahan, pemulihan dan penguatkuasaan.
00:26Dia berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kampung Angkat dan Sekolah Angkat Madani, Agensi Anti Dadah Kebangsaan atau AADK di Kampung Keluang Besut pada Sabtu.
00:36Ujarnya menurut rekod daripada Kementerian Kesehatan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, AADK dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik atau Puspen, Kelantan merekodkan jumlah penyalahgunaan dadah tertinggi diikuti Terengganu, Perlis dan Kedah.
00:51Dia berkata lokasi yang bersempadan dengan Thailand dikenal pasti sebagai faktor utama keempat-empat negeri berkenaan mempunyai bilangan penagih yang paling banyak.
01:00Justru kerajaan melalui KDN akan terus memastikan AADK menjalankan tugas hakiki menangani masalah dadah dengan peruntukkan kira-kira RM400 juta setahun.
01:09Ia termasuk mengurus dan menyelenggara kira-kira 30 pusat pemulihan di seluruh negara selain mengurus hampir 53,000 klien yang berada dalam pusat pemulihan, komuniti dan institusi lain.

Recommended