Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia adalah kekuatan utama negara, bukannya sesuatu yang perlu ditolak atau dibimbangi.
Transcript
00:00Kepelbagaian budaya dan etnik di Malaysia adalah kekuatan utama negara, bukannya sesuatu yang perlu ditolak atau dibimbangi.
00:09Berucap merasmikan Festival Budaya Malaysia 2025, WOW Malaysia, di Taman Tasik Titiwangsa malam Sabtu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
00:20kehebatan negara terletak pada penerimaan dan penghormatan terhadap warisan pelbagai kaum yang membentuk identiti nasional.
00:30Yang kita tonton dan kita tonton pada malam ini adalah satu festival kerencaman budaya Malaysia yang kita banggakan kerana kekuatan kita adalah dalam kepelbagaian.
00:48Kehebatan kita ialah kerana kesediaan kita menerima semuanya dari warisan negara kita, dari pelbagai kaum, pelbagai suku kaum, pelbagai daerah, semuanya ada kekuatan masing-masing.
01:05Malah Anwar Turut menegaskan budaya setiap etnik termasuk Melayu, China, India, Iban, Kadazan, Murud, Melanau dan Bajau harus dirangkul bersama sebagai budaya anak Malaysia.
01:19Inilah yang akan menjayakan, menjamin keamanan dan kelangsungan kita.
01:31Kalau kita mula merasakan perlu menolak, itu mulanya bibit-bibit berpecahan di kalangan kita.
01:38Festival Budaya Malaysia 2025 Anjuran MOTEC bersama pelbagai agensi ini menampilkan lebih 68 aktiviti budaya,
01:48merentasi zon utama, menggabungkan persemahan tradisional dan inovasi modern.
01:53Terima kasih kerana menonton!

Recommended