00:00Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh hubungan sekian lama terjalin dengan Lubnan melalui kerjasama pengaman, kemanusiaan, teknikal serta pengembangan perkongsian ekonomi.
00:11Duta Besar Malaysia ke-Lubnan, Datuk Azri Mak Yaakob berkata, kedua-dua negara telah menjalin hubungan mendalam dan berkekalan sejak hubungan diplomatik pada tahun 1965.
00:19Beliau berkata, komitmen Malaysia terhadap Lubnan dizahirkan melalui penugasan berterusan Batalion Malaysia Malbat di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan sejak 2007 selain pelbagai inisiatif kemanusiaan dan pembangunan kapasiti di bawah program kerjasama teknikal Malaysia.
00:37Melalui MTCP, Malaysia baru-baru ini telah melatih lebih 100 profesional penjagaan kesihatan Lubnan dalam bidang kritikal seperti rawatan trauma, kawalan jangkitan, kesihatan ibu dan sokongan psikosocial.
00:49Azri turut mendekankan peningkatan perlibatan ekonomi Malaysia dengan Lubnan dengan mencatatkan pertumbuhan perdagangan dua hala sebanyak 43% antara 2020 dan 2024.
00:58Beliau turut menggalakkan pelancong Lubnan melawat Malaysia sepuluh tahun melawat Malaysia 2026 sambil menyatakan bahawa kemudahan bebas visa antara kedua-dua negara dijangka memudahkan perjalanan serta mengeratkan hubungan antara rakyat.
01:10Kedutaan Besar Malaysia di Lubnan mengadakan Majlis Resepsi Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-68 yang menjadi cerminan persahabatan erat dan hubungan kukuh antara Malaysia dan Lubnan.
01:20Majlis Resepsi itu dihadiri lebih 250 tetamu termasuk Menteri dan Pegawai Kabinet Lubnan, Anggota Kor Diplomatik, Tokoh Perniagaan, Akademik, Wakil Media serta Diaspora Malaysia.
01:31Turut hadir Menteri Penerangan Lubnan, Paul Marcos hadir sebagai Wakil Presiden, Perdana Menteri dan Speaker Parlimen bersama beberapa Menteri Kabinet lain.