00:00Persatuan Bola Sepak Malaysia memaklumkan berlaku kesilapan teknikal dalam dokumen yang dihantar
00:06untuk mendaftarkan pemain dalam kelayakan Piala Asia 2027
00:10dua hari selepas persatuan itu dan tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.
00:18Setiausaha Agung FAM Nur Azman Rahman berkata kesilapan itu dilakukan oleh seorang kakitangan badan induk bola sepak negara itu.
00:26Beliau menegaskan FAM memandang serius perkara ini dan menegangkan bahawa pemain warisan yang terlibat adalah warga negara Malaysia.
00:35Pada 26 September, jawatankuasa tata tertik FIFA mengenakan denda sebanyak RM1.9 juta terhadap FAM
00:43manakala setiap daripada tujuh pemain itu didenda RM11,000 selain digantung selama 12 bulan.
00:50FIFA berkata FAM dan tujuh pemain berkenaan dikenakan tindakan kerana melanggar Artikel 22 Kod Tata Tertik Badan itu
00:58berkait pemalsuan dan penggubahan dokumen.
01:01Zenayma Mama Yusuf, FMT