00:00Persatuan Bola Sepak Malaysia mengesahkan bahawa ia telah menerima notis rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
00:07berhubung dawaan pelanggaran Artikel 22 Kod Tata-Tetik FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.
00:14Dalam kenyataan pemangku Presiden FAM Muhammad Yusof Mahadi berkata,
00:18persatuan itu akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan FIFA berhubung denda dan pengatungan berkaitan dawaan dokumen dipalsukan
00:26melibatkan tujuh pemain warisan negara.
00:28Beliau berkata FAM dan para pemain terlibat telah bertindak dengan niat baik serta penuh ketelusan sepanjang proses tersebut.
00:37Menurut Yusof, FAM telah mematuhi prosedur dan garis panduan seperti yang ditetapkan oleh FIFA dalam menguruskan dokumentasi pemain.
00:45Semalam jawatan kuasa Tata-Tetik FIFA memaklumkan bahawa FAM perlu membayar denda sebanyak 350,000 francs Swiss
00:52manakala tujuh pemain terbabit didenda 2,000 francs Swiss setiap seorang.
00:57Para pemain itu juga dikenakan penggantungan selama 12 bulan berkuat kuasa serta mata.