00:00Afganistan dan Pakistan masing-masing mendakwa membunuh puluhan anggota tentera pihak lawan selepas pertempuran sengit tercetus di kawasan sempadan antara kedua-dua negara sejak Sabtu lepas.
00:12Pasukan Taliban Afganistan dilaporkan melancarkan serangan terhadap tentera Pakistan di sepanjang sempadan sebagai tindakan balas terhadap serangan udara yang dilakukan oleh tentera Pakistan ke atas Afganistan pada Khamis lalu.
00:25Pakistan bagaimanapun tidak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan terbabit namun menegaskan mempunyai hak untuk mempertahankan diri daripada ancaman militen yang didakwanya berpunca dari wilayah Afganistan.
00:38Kedua-dua negara sudah beberapa kali bertempur di kawasan sempadan sejak Taliban mengambil alih petakbiran Afganistan pada 2021.
00:45Namun pelanggaran ruang udara ke dalam wilayah Afganistan dilihat sebagai satu bentuk peningkatan ketegangan yang serius.
00:50Juru cakap kerajaan Taliban Zabihullah Mujahid mendakwa seramai 58 anggota tentera Pakistan terbunuh dan kira-kira 30 lagi cedera dalam pertempuran itu.
01:00Manakala 9 anggota Taliban turut terkorban.
01:02Sementara itu tentera Pakistan mendakwa 23 anggota tentera nyemaut dan lebih 200 anggota Taliban serta kumpulan sekutu terbunuh dalam kejadian terbabit.
01:10Menteri luar Afganistan Amir Khan Muttaki semasa melawat India mendakwa keadaan kini masih terkawal.
01:15Operasi katanya mencapai matlamat di mana Qatar dan Arab Saudi menyeru perang dihentikan.
01:20Sebelum ini sebuah unit tentera Afganistan menggambarkan letupan di Ibu Negara sebagai serangan udara.
01:25Namun Zabihullah menegaskan insiden itu hanya pelanggaran ruang udara dan tiada kerosakan dikesan.